KEHADIRAN Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta di Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2021 pada Rabu benar-benar mencuri tumpuan umum.
Pelakon itu mengenakan pakaian serba hitam dan mukanya juga disarung dengan kain jaring.
Ternyata imejnya bukan sahaja mendapat tumpuan tetamu di majlis tersebut, tetapi juga warganet selepas dia memuat nak gambar itu di media sosialnya.
Ada yang beranggapan bahawa fesyen itu tidak sesuai untuk dilihat budak-budak kerana risau akan ditiru dan membuatkan mereka sesak nafas.
Malah, ada yang mengatakan bahaa Che Ta berfesyen macam mayat.
Antara komen yang ditinggalkan netizen di Instagram Che Ta.
Menurut Che Ta, dia bersetuju untuk menjadi pasangan pereka fesyen, Ezuwan Ismail pada majlis tersebut dan mengenakan busana itu kerana ia memberi pengalaman baharu.
"Kami memang berkawan baik. Malah saya rasa permintaannya untuk berfesyen macam ini bukan selalu dan satu kelainan.
"Lagipun, pelitup muka itu menggunakan kain jaring yang memang ada lubang atau 'udara'.
"Memanglah saya boleh bernafas. Kalau guna kain yang bertutup semua tanpa ada 'udara', saya sendiri fikir banyak kali. Barangkali semput juga saya jadinya.
"Tetapi sesekali orang tidak lihat wajah kita apa salahnya," katanya kepada Majoriti.
Che Ta turut menjadi penyampai trofi pada acara itu.
Gaun yang dipenuhi dengan 5,000 batu berlian. Gambar @blackpepperproduction
Untuk rekod, busana yang digayakan oleh Che Ta itu menggunakan fabrik jenis twill dan dijahit penuh dengan lebih 5000 butir batu berlian dan 'chunky bead'.
Harga gaun itu pula bernilai RM50,000 dan mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan.
Sarung tangan dan muka dengan rona sama juga bertatahkan berlian berwarna perak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram