Ibu berang anaknya jual perabot rumah demi berfoya-foya bersama kekasih


  • Benua
  • Khamis, 25 Nov 2021

KEDIAMAN keluarga terbabit di Bandul, Indonesia. — Agensi
LELAKI berusia 25 tahun dari Bantul, Yogyakarta, Indonesia tergamak menjual hampir semua perabot dan peralatan rumah keluarganya untuk berfoya-foya.

Agensi portal Kompas melaporkan, lelaki itu berjaya ditahan selepas ibunya, Paliyem membuat laporan polis.

Lelaki itu dilaporkan menjual hampir seluruh perabot rumahnya mulai dari pintu hingga almari, malah bumbung rumahnya turut dijual.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Cawangan Polis Pundong, Heru Pracoyo berkata, suspek mengaku menjual perabot dan peralatan rumah untuk berjoli.

"Harganya tidak sepadan tetapi suspek nekad menjualnya demi mendapatkan wang.

"Wang itu digunakan untuk foya-foya bersama teman wanitanya," kata Heru.

Sementara itu, ibu suspek menyatakan tujuan dia membuat laporan kerana berang dengan tindakan anaknya.

Menurut Heru, anggota polis bertugas ada meminta ibunya berfikir tanpa mengikut emosi sebelum membuat laporan. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Yogyakarta, Indonesia, Paliyem, jual, perabot, polis