
PARIS Saint-Germain (PSG) dikhabarkan menghampakan permintaan Manchester United untuk menyunting pengurusnya, Mauricio Pochettino kerena mereka gagal meyakinkan Zinedine Zidane untuk menyertai kelab mereka dalam masa terdekat.
Kelab itu juga dikatakan menolak permintaan Manchester United kerana khidmat Pochettino masih diperlukan untuk musim ini.
Pochettino difahamkan berminat untuk bertukar angin ke Manchester United pada pertengahan musim jika PSG melepaskannya.
Bagaimanapun terdapat khabar yang beredar bahawa PSG mempertimbangkan untuk menggantikan tempat Pochettino dan berhasrat untuk mendapatkan khidmat Zidane.
Tetapi menurut laporan media tempatan, PSG gagal meyakinkan pemenang Piala Dunia Perancis itu untuk mengambil alih tempat Pochettino.
Khabarnya pengurus Real Madrid itu tidak mahu mengambil alih kelab itu pada pertengahan musim dan tidak mungkin mempertimbangkan tawaran sehingga musim panas akan datang.
Justeru, PSG menolak untuk melepaskan Pochettino kepada Manchester United buat masa ini.
Manchester United kini memberi tumpuan untuk membawa masuk pengurus sementara dan telah mengadakan perbincangan dengan Ernesto Valverde dan Rudi Garcia.
Mereka mungkin akan kembali mencuba nasib untuk mendapatkan Pochettino sebagai pengurus sepenuh masa mereka pada akhir musim nanti. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram