VOKALIS kumpulan Exist, Mamat memaklumkan yang dia masih lagi perlu melaporkan diri kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun bermula 2021.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin berkata, dia akur dengan ketetapan tersebut asalkan perkara itu baik untuk dirinya.
"Bermula awal tahun ini, saya perlu melaporkan diri kepada AADK Johor Baharu jika mahu keluar kawasan untuk urusan kerja dan lain-lain.
"Saya juga perlu mengikuti program kemasyarakatan yang dianjurkan setiap bulan dalam tempoh pemulihan," katanya.
Mamat terdahulu ditemui pada Majlis Pelancaran Album Live Exists Reunion di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Rabu.
Mamat (kanan) bersama anggota Exist yang lain.
Untuk rekod, Mamat pernah ditahan polis pada 8 September 2019 ketika menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu
Ujian saringan awal air kencing turut mendapati dia dan rakannya positif dadah.
Mengulas mengenai aktiviti seni yang memerlukan dia bersama Exist, jelas Mamat, semuanya akan diuruskan oleh pihak penganjur.
"Semua aktiviti yang membabitkan kumpulan Exists akan diuruskan oleh penganjur jadi tiada masalah untuk saya berulang-alik dari Johor.
"Lagipun, saya memang ada menjalankan perniagaan kedai makan dan memang ada keperluan untuk berulang-alik," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram