'Had persaraan akan naik jika caruman KWSP terus diusik'


KWSP terus didesak membenarkan pengeluaran RM10,000 secara 'one-off' oleh rakyat.

ISU desakan orang ramai terhadap pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara 'one-off' buat kali terakhir kian hangat diperkatakan di media sosial.

Kebanyakan mereka mahu menggunakan wang tersebut bagi membina semula kehidupan ekoran terjejas akibat pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.

Bagi seorang pengguna Twitter, @abahlubna, beliau memiliki pandangan berbeza berhubung pengeluaran caruman KWSP.

"Bila kerajaan membenarkan lagi banyak duit pencarum KWSP diusik, maka ini petanda had persaraan dinaikkan lagi. Silap-silap 65 tahun atau mungkin 70 tahun.

"Bila had umur persaraan dinaikkan, peluang pekerjaan baharu terhad, kadar pengangguran dalam kalangan graduan (juga) akan meningkat.

"YB @NoorAmin Ahmad (Ahli Parlimen Kangar) boleh tak tanya apa langkah-langkah kerajaan nak atasi masalah kekurangan caruman ini selain dari naikkan gaji minima?

"Kalau naikkan kadar caruman, confirm banyak majikan mengeluh," ujarnya menerusi ciapan berkenaan pada Selasa.

Netz 241121

ANTARA komen warganet di Twitter. — Twitter

Pengeluaran caruman KWSP untuk membantu rakyat yang terjejas perlu dipertimbangkan. Setiap keputusan yang diputuskan kerajaan akan memberi kesan positif atau negatif kepada kesejahteraan rakyat.

Jika pengeluaran KWSP tidak dibenarkan, kerajaan perlu memastikan setiap kebajikan rakyat terus terjamin supaya mereka boleh menempuh cabaran mendatang terutamanya sewaktu pasca pandemik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

KWSP, caruman, RM10000, one-off, Twitter