Ella hilang mood buat 'show' gara-gara anxiety


  • Hiburan
  • Rabu, 24 Nov 2021

RASA anxiety Ella makin teruk ketika PKP dilaksanakan susulan pandemik Covid-19.

PENYANYI rock wanita popular Ella mendedahkan akibat mengalami anxiety (kegelisahan), dia pernah rasa tiba-tiba hilang mood untuk membuat persembahan.

Ella berkata, dia sudah lama berhadapan dengan keadaan tersebut, namun ia menjadi lebih teruk ketika berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebenarnya masalah anxiety yang saya alami tidaklah teruk sangat sampai rasa hendak bunuh diri dan masih lagi dapat dikawal, biarpun ia menjadi lebih teruk.

“Antara kesan yang saya hadapi, tangan saya akan cepat berpeluh, malah pernah juga rasa tiba-tiba tak ada mood nak buat persembahan ketika show hampir berlangsung,” ujarnya.

Ella berkata demikian ketika ditemui semasa majlis menandatangi MoU bersama Saudagar Santai Group (SSG) dan Ricabot, yang mana penyanyi berkenaan dilantik sebagai duta semasa acara Strategic Business Direction & Project Rock The Crypto Launch pada Selasa.

Beberapa bulan lalu, Ella menerusi laman sosial Facebooknya pernah mendedahkan bahawa dia mempunyai masalah anxiety.

Malah, penyanyi rock wanita itu turut dilihat berkongsi mengenai pengalamannya sebagai seorang yang menghadapi masalah anxiety menerusi talkshow yang diadakan secara dalam talian.

Ujar Ella, bagi menghadapi masalah berkenaan, dia kerap berjumpa dengan doktor serta mengambil makanan tambahan untuk mengatasinya.

“Alhamdulillah, sekarang ini masalah anxiety yang saya alami sudah dapat dikawal sepenuhnya dengan berjumpa doktor serta pengambil makanan tambahan,” jelasnya.

Mengenai peranannya sebagai Duta Program Road Tour – Rock Of Crypto, Ella memberitahu dia akan terlibat membuat persembahan dalam setiap siri jelajah yang dianjurkan kelak.

Selain itu, Ella juga akan melancarkan program cabutan bertuah untuk 1,000 orang pertama yang menyertai peogram ini. Bagi mendapatkan makluman dan perkembangan lanjut, boleh layari laman media sosial SSG – Saudagar Santai Group.

Sementara itu, matlamat utama Rock Of Crypto adalah untuk mempromosikan Revolusi Industri 5.0 khususnya yang berkait dengan konsep Digital Asset (Cryptocurrency). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Hiburan, Ella, Penyanyi, Rock, Ratu Rock, Anxiety