New Zealand buka sempadan mulai Januari 2022


  • Benua
  • Rabu, 24 Nov 2021

INDIVIDU yang lengkap divaksin boleh melakukan perjalanan ke New Zealand mulai 30 April 2022.

PENDUDUK New Zealand yang sudah lengkap divaksin akan dibenarkan pulang dengan syarat yang lebih mudah mulai Januari 2022, diikuti warga asing pada April.

Menteri Tindakan Covid-19 Chris Hipkins pada Rabu, tindakan itu dilakukan selepas kerajaan menghapuskan keperluan pengurusan kuarantin dan pengasingan (MIQ) untuk kebanyakan pengembara.

Menurut laporan Xinhua, warganegara yang divaksin sepenuhnya dan pengembara lain yang layak boleh memasuki New Zealand dari Australia tidak usah lagi menjalani MIQ mulai 11.59 malam waktu tempatan pada 16 Jan 2022.

"Sempadan juga akan dibuka kepada rakyatnya dan pengembara lain yang layak dari semua negara lain mulai 11.59 malam waktu tempatan pada 13 Feb 2022," jelas Hipkins.

"Semua individu yang lengkap divaksin boleh melakukan perjalanan ke New Zealand mulai 30 April 2022 dan seterusnya, dengan pembukaan semula sempadan negara secara berperingkat," tambah menteri itu.

Menurut beliau, dasar MIQ digantikan dengan kuarantin diri mandatori tujuh hari.

Bagaimanapun, pengembara masih perlu menunjukkan keputusan negatif bagi saringan yang dibuat sebelum berlepas, bukti telah divaksin sepenuhnya, pengisytiharan sejarah perjalanan, ujian 0/1 hari semasa ketibaan, keperluan untuk melakukan kuarantin kendiri selama tujuh hari, dan ujian akhir yang negatif sebelum memasuki negaar itu dan mengikut strategi pembukaan semula kerajaan.

"Sempadan merupakan risiko terbesar kami untuk kes baharu dan pendekatan berperingkat mengurangkan potensi impak jangkitan kepada masyarakat dan sistem kesihatan New Zealand," kata Hapkis. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

New Zealand, Covid-19, sempadan