Berderau jantung hampir rempuh lembu di Melaka


  • Tular
  • Rabu, 24 Nov 2021

TANGKAP layar video yang memaparkan individu itu hampir terlanggar lembu di Melaka pada Rabu. — Facebook

INSIDEN kemalangan membabitkan kereta dan lembu sering berlaku di negara ini akibat kecuaian pemilik haiwan terbabit.

Seorang pengguna Facebook pada Rabu memuat naik sebuah video yang memaparkan dia hampir mengalami kemalangan gara-gara sekumpulan lembu melintas jalan raya di laluan Serkam Darat menghala Lebuhraya Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ).

"Mintak tolong jasa baik penguatkuasa yang terlibat. Tolong ambil tindakan sedikit (terhadap) lembu dibiarkan berkeliaran. Hampir-hampir langgar tadi," kata pengguna Facebook berkenaan, Yazid Yazid.

Video berdurasi 10 saat itu menerima respon warganet di Facebook.



Kredit — Facebook Yazid Yazid

"Betul lah ini kena lapor. Belum ada nyawa yang hilang. Dah ada baru terhegeh-hegeh. Tolong ambil tindakan," ujar seorang lagi pengguna Facebook, Mohd Yusri.

"Tempat ini selalu kena. Buat laporan, hilang sekejap. Seminggu selepas itu ada lagi. Kalau tak lembu, kambing. Berderet-deret tepi jalan," kata seorang pengguna Facebook, Zue Yusof.

"Aku pernah nampak pemilik lembu ini pakai cermin mata naik motor halau lembu dia ini. Dia boleh biarkan lembu ini berseronok di tepi jalan," menurut pengguna Facebook, Alai Alai.

Kes-kes seperti ini tidak sewajarnya dipandang remeh oleh pemilik ternakan kerana kecuaian mereka boleh mengundang musibah kepada orang lain.

Pihak berwajib juga mengeluarkan satu undang-undang atau peraturan tegas bagi mengekang isu ini terus berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Tular, Facebook, lembu, Melaka, Serkam Darat, Lebuh AMJ