FILEM Ghostbusters merupakan sebuah komedi kasar yang mmbawakan elemen sains fiksyen tentang sekumpulan penangkap hantu.
Setelah sekian lama menyepi, filem itu kembali dan dengan sekuel terbaharu, Ghostbusters: Afterlife.
Tidak menampilkan watak mahupun adegan-adegan popular dari filem asal, sekuel ini sebaliknya membawakan kelainan dengan meletakkan wanita sebagai salah seorang ahli kumpulan penghalau hantu itu.
Antara adegan yang mungkin akan membawa kembali keterujaan dari filem asal adalah kemunculan kereta legenda Ghostbusters, pakaian lama, beberapa dialog lama dari filem blockbuster Ivan Reitman itu.
Filem terbaharu ini pula diarahkan oleh anak lelakinya, Jason, yang mengumumkan hasrat untuk melihat kesinambungan dunia ciptaan Ghostbusters.
Pendekatannya untuk membawa fenomena Ghostbusters dalam era masa kini mungkin mampu menggamit memori tetapi tidak tahu adakah ia boleh membawa kembali fenomena terdahulu.
Dalam filem terbaharu ini, elemen jenaka, ejekan dan watak kebanyakannya boleh dikatakan menarik kerana pelakon memainkannya denga baik.
Sedikit kisah tentang Ghostbusters: Afterlife, ia tentang seorang abang, Trevor (Finn Wolfhard), dan adik perempuannya, Phoebe (Mckenna Grace yang sangat baik). Bersama ibu mereka (Carrie Coon), mereka berpindah ke ladang terpencil di tengah-tengah Oklahoma.
Di sana, kanak-kanak itu merupakan ahli Ghostbusters yang terbaharu selepas mereka menemui barang peninggalan daripada generasi terdahulu.
Sekuel francais ini bergantung pada kebolehpercayaan dan memberikan penonton apa yang diharapkan dalam Ghostbusters: Afterlife.
Yang pasti, masih terdapat hantu dan mereka tetap ditumpaskan oleh generasi baharu Ghostbusters. - Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram