Terkena serangan jantung, Ebby Yus reda diuji ketika tunai umrah


  • Hiburan
  • Ahad, 21 Nov 2021

EBBY Yus reda terpaksa berkerusi roda ketika mengerjakan umrah baru-baru ini. — Facebook/Ebby Yus

TERKENA serangan jantung sehingga terpaksa ditahan di dalam wad dan berkerusi roda ketika menunaikan umrah.

Itu ujian yang dihadapi Eby Yus ketika menunaikan umrah pada Oktober lalu walaupun sebelum itu dia berada dalam keadaan sihat.

Bercerita mengenai pengalamannya itu, Ebby berkata, dia mula terkena serangan jantung ketika sedang dalam perjalanan ke Madinah.

"Ketika itu, penerbangan bergegar teruk akibat cuaca teruk (air pocket) sehinggakan saya yang ketika itu sedang berdiri terjatuh.

"Selepas itu saya terus tidak sedarkan diri dan dimaklumkan telah pengsan selama 10 hari," katanya kepada Majoriti.

Sementara itu, Ebby berkata, dia bersyukur kerana di dalam penerbangan itu ada dua orang jururawat yang membantunya.

Jelasnya, dia kemudian telah dimasukkan ke sebuah hospital di Maldives untuk menerima rawatan namun terpaksa keluar awal disebabkan kos yang telalu mahal.

"Alhamdulillah, saya bagaimanapun selamat menunaikan umrah walaupun terpaksa berkerusi roda," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Hiburan, Ebby Yus, Umrah, Sakit Jantung