Tony Hawk bakal muncul dengan dokumentari tahun 2022


  • Hiburan
  • Khamis, 18 Nov 2021

DOKUMENTARI yang berjudul Tony Hawk: Until The Wheels Fall Off bakal ditayangkan pada tahun 2022.— Agensi

TONY Hawk bakal berkongsi kehidupannya sebagai seorang legenda papan selaju menerusi sebuah dokumentari yang berjudul Tony Hawk: Until the Wheels Fall Off.

Dokumentari terebut menyelami kerjaya atlet ikonik berusia 53 tahun itu dan akan ditayangkan pada tahun hadapan menerusi saluran HBO dan HBO Max, kata rangkaian itu ketika diumumkan pada Selasa.

Hawk telah menjadi ikon papan selaju selama beberapa dekad sejak 1990-an dan awal 2000-an.

Filem yang diarahkan oleh Sam Jones itu akan mengikuti perjalanan Hawk bersama sukan ekstrem tersebut.

Menurut siaran berita, dokumentari itu akan memaparkan wawancara dengan beberapa individu profesional papan selaju lain seperti Stacy Peralta, Rodney Mullen, Mike McGill, Lance Mountain, Steve Caballero, Neil Blender, Andy MacDonald, Duane Peters, Sean Mortimer, dan Christian Hosoi.

Dokumentari yang dikeluarkan eksekutif oleh Mark dan Jay Duplass dan Mel Eslyn itu turut menyertakan rakaman yang tidak pernah dilihat sebelum ini dari San Diego, California.

"Saya terpikat dan terpesona dengan Tony Hawk sejak 1983 apabila melihatnya di taman skate.

"Untuk mengenalinya sebagai seorang manusia merupakan elemen hebat di dalam filem ini dan berkongsi kecintaan saya terhadap papan luncur dengan cara ini adalah kemuncak kepada usaha kreatif saya," kata Jones.

Menurut Mark, peminat akan menyaksikan Hawk dalam cara yang mereka tidak pernah sebelum ini.

"Kami secara senyap-senyap mengusahakan filem ini selama beberapa tahun. Kami berpuas hati kerana Hawk membenarkan kami mengikuti kehidupannya dengan lebih dekat dan perjalanannya yang menarik dalam sukan ini," kata Mark.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram