Bintang Chucky dedah tidak pernah tonton filem Child's Play


  • Hiburan
  • Sabtu, 30 Okt 2021

ARTHUR tidak dibenarkan menonton filem R-rated oleh ibu bapanya. — Agensi

PELAKON utama siri fiksyen seram Chucky, Zackary Arthur mendedahkan bahawa dia tidak pernah menonton filem Child's Play sebelum ini.

Arthur yang memainkan watak Jake Wheeler dalam siri televisyen USA Network dan Syfy itu berkata, dia tidak pernah menonton filem Child's Play semasa membesar kerana tidak dizinkan oleh ibu bapanya.

Pendedahan itu dibuat dalam temu bual Arthur dengan Collider.com ketika ditanya tentang kebiasaannya dengan watak Chucky iaitu patung mainan menyeramkan yang dirasuk roh pembunuh sebelum melakukan pelbagai pembunuhan.

Begitupun Arthur memberitahu, dia sudah tentunya mengetahui watak tersebut cuma tidak dibenarkan menonton filem R-rated.

"Saya tidak merasakan tiada seorang pun yang tahu watak Chucky.

"Ketika saya membesar, ibu bapa saya tidak membenarkan saya menonton filem R-rated atau seumpama dengannya, jadi saya tidak berpeluang menonton filem tersebut," kata Arthur.

Kejayaan Chucky dalam Child’s Play (1988) membuatkan watak ciptaan Don Mancini itu diteruskan dalam trilogi dan empat kisah lain yang masih menggunakan karakter Chucky seperti Bride of Chucky, Seed of Chucky, Curse of Chucky serta Cult of Chucky.

Filem Child’s Play (2019) arahan Lars Klevberg itu masih memaparkan watak Chucky, tetapi dengan versi baharu yang lebih menyeramkan.

Diadaptasi daripada filem berkenaan, pendekatan itu menjadikan siri televisyen Chucky sebagai salah satu siri yang memperoleh tayangan perdana paling banyak ditonton pada tahun 2021.

Pada minggu pertama tayangan, lebih daripada 4 juta penonton menonton penampilan sulung Chucky dengan majoriti daripada mereka adalah peminat francais filem tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram