ANDA mungkin berasa tidak selesa seperti seolah-olah tidak berpakaian apabila keluar tanpa beg tangan. Jangan risau, anda tidak keseorangan.
Tetapi tanpa beg tangan, anda mungkin dapat selamatkan belakang anda.
Jika anda sentiasa membawa beg tangan ketika keluar setiap hari, penting untuk anda tahu bagaimana untuk mengatasi masalah sakit belakang.
Menurut pakar, majoriti masalah melibatkan beg tangan menyebabkan sakit di belakang dan leher.
Namun, mereka mencadangkan menggalas beg tangan dengan tali bersilang di dada supaya berat yang dipikul dapat dibahagikan dengan lebih sekata.
Jika anda tidak mempunyai tali beg yang panjang, pakar mencadangkan supaya bertukar sisi dengan lebih kerap supaya anda dapat bertukar-tukar bahu dan tidak membebankan satu sisi sahaja.
Namun, jika anda lebih selesa dengan menggunakan lengan, pilih beg tangan yang lebih kecil dan ringan seperti Klac. Menggunakan lengan untuk menggalas beg yang berat boleh memudaratkan bahu anda.
Pastikan beg anda rapat dengan badan untuk pembahagian berat yang sempurna, ini bagi mengelak regangan di bahagian belakang.
Ketika membawa beg tangan, pastikan anda berdiri selurus yang mungkin — memperbaiki postur badan membantu mengurangkan sakit belakang.
Periksa isi kandungan beg tangan anda, barang-barang seperti buku, payung, atau solekan perlu dipertimbangkan semula. Utamakan keperluan terlebih dahulu dan tinggalkan yang mana tidak diperlukan.
Antara amalan yang anda boleh ikuti adalah memastikan beg tangan tidak lebih daripada 10 peratus berat badan anda, jelas pakar.
Jadi, jika berat anda 60 kilogram (kg), berat beg tangan anda seharusnya tidak melebihi 6kg – ingatlah bahawa ia di luar kemampuan anda.
Jika anda tidak mampu untuk menggalas beg tangan terlalu lama, gantikan beg tangan dengan beg galas yang mana beban di bahu dibahagikan dengan lebih sekata.
Percayalah, belakang anda akan berasa lebih selesa selepas ini. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram