Produk Ikea dapat sentuhan pereka fesyen ikonik Britain, Zandra Rhodes


ZANDRA Rhodes (kiri) dan Paulin Machado. — Agensi
PEREKA fesyen ikonik Britain, Zandra Rhodes bukan lagi nama asing dalam kalangan industri fesyen antarabangsa dan cukup sinonim dengan ramai personaliti terkenal seperti mendiang Puteri Diana, Kylie Minogue, Paris Hilton, Diana Ross, dan Freddie Mercury.

Rhodes sememangnya idola dalam industri fesyen sudah melebihi lima dekad, terserlah dengan gayanya yang berani dan tersendiri di dunia fesyen mahupun tekstil.

Oleh itu, beliau telah banyak menerima penghargaan atas sumbangannya kepada industri fesyen.

1338403
PELBAGAI jenis barangan yang ditawarkan termasuklah kusyen, fabrik, piring lilin, cermin, pasu, kotak boleh lipat dan banyak lagi.


Kini, orang ramai boleh menikmati hasil kreativiti sentuhan Rhodes di rumah.


Baru-baru ini, Rhodes berkolaborasi bersama Paulin Machado, pereka dari Ikea dan bersama menghasilkan sebuah koleksi terhad KARISMATISK. Koleksi terhad ini mengetengahkan gaya yang lebih terserlah, berani dan berkeyakinan.

Menampilkan warna yang terang dan menonjol, barangan mampu milik dan berpatutan ini sudah pasti akan menyemarakkan lagi suasana di rumah anda.

Koleksi terhad ini mempunyai 20 jenis barangan yang berbeza (sementara stok masih ada) dengan harga bermula dari RM4.90 sehingga RM499 setiap satu.

1338402
Beg ikonik FRAKTA hasil rekaan Rhodes.


KARISMATISK dihasilkan untuk semua. Daripada kusyen hinggalah fabrik, ia juga merangkumi barangan lain seperti piring lilin, cermin, kotak boleh lipat, pasu dan juga beg pelbagai fungsi yang menarik.

Koleksi terhad ini boleh didapati di gedung Ikea seluruh Malaysia serta boleh diperoleh melalui pembelian secara online.

Untuk maklumat lanjut bolehlah layari IKEA.my. — The Star

fesyen, ikon, kelengkapan rumah, koleksi