
MASA kini, soal penjagaan kulit wajah sentiasa menjadi perkara yang dititikberatkan oleh semua lapisan, tidak kira lelaki mahu pun wanita.
Pelbagai petua diberikan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik namun ada juga yang tampil dengan pendapat punca kepada penuaan.
Banyak perkara yang dilakukan seharian mungkin menjadi punca dan ada juga mengatakan mandi menggunakan air hangat juga dikatakan boleh menjadikan kulit kering.
Namun, ada beberapa lagi faktor yang mungkin boleh menjadikan kulit wajah menjadi kering.
1. Kurang minum air
Amalan meminum air putih bukan saja baik untuk pencernaan tetapi juga bagus untuk kesihatan kulit wajah.
Sebaik-baiknya minum lapan liter air putih setiap hari bagi membantu badan berfungsi dengan baik dan mengelakkan masalah hidrasi.
Selain itu, meminum jus buah tanpa gula juga antara solusi terbaik untuk perawatan wajah semula jadi.
2. Tiada pelembap
Ini juga boleh menjadi punca kepada masalah kulit kering dan sebab itu juga ramai dikalangan kita khususnya wanita sering membawa pelembap kemana saja.
Gunakan secara teratur selepas mandi mahu pun sejurus membasuh muka.
3. Pencuci muka tidak sepadan
Sebab itu kita sering diingatkan supaya bijak memilih jenama dan jenis pembersih muka kerana jika tersilap, bukan makin cantik tetapi sebaliknya yang berlaku.
Tindak balas begitu menandakan kandungan pH pencuci tidak sepadan dengan kulit dan mampu menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam.
4. Tindak balas bahan pencuci pakaian
Mungkin ada yang merasakan alasan ini seperti tidak masuk akal namun inilah hakikatnya kerana menurut laporan CNN Indonesia, sabun pencuci memiliki wangian tinggi yang mampu menjejaskan kesihatan kulit.
Ada yang berpendapat apa kaitan kita dengan pakai. Ini kerana bahan pencuci sama juga pasti akan digunakan untuk membasuh sarung batal dan selimut.
5. Memakai retinol terlalu kerap
Disebabkan ingin tampil sentiasa jelita dan awet muda, segelintirnya kerap menggunakan produk kosmetik yang memiliki kandungan retinol.
Bukan sesuatu perkara yang salah, tetapi pastikan kadar penggunaan tidak terlalu kerap dan banyak.
Pakar menyarankan agar menggunakan retinol pada jumlah yang sedikit pada waktu malam terutama sebelum tidur. Sebelum itu, gunakan toner dan pelembap sebagai lapisan pertama dan seterusnya disusuli dengan retinol. — Sinar Harian