JUMLAH orang yang mendapatkan vaksin semakin meningkat di seantero dunia. Tetapi, bolehkah kita melancong tanpa risau dan bimbang selepas ini terutamanya ketika memasuki fasa endemik Covid-19? Pakar nasihatkan supaya jangan letakkan harapan terlalu tinggi, kerana risiko masih ada.
Berikut adalah perkara yang pelancong perlu berjaga-jaga sebelum menuju destinasi masing-masing.
1. Vaksin pelindung terbaik
Ini adalah perkara paling penting. Jangan melancong jika anda masih belum dapatkan suntikan vaksin, kata Gerhard Boecken, pakar perubatan perlancongan dari Hanburg, Jerman.
Vaksin bukan hanya memberikan perlindungan, ia memastikan anda tidak perlu mendapatkan rawatan di hospital atau menambah beban hospital di negara yang anda kunjungi.
Torsten Schaefer, jurucakap dari Persatuan Perlancongan Jerman (DRV) pula memberitahu, individu yang sudah divaksin dengan lengkap lebih mudah untuk melepasi sempadan.
Ia bergantung kepada peraturan coronavirus di negara tersebut, dengan dapatkan vaksin, anda dibenarkan untuk pergi ke restoran atau muzium, tambah Schaefer.
2. Dapatkan semua info penting
Namun, pakar menyatakan kepergantungan terhadap vaksin sahaja tidak cukup. Mirko Jacubowski dari Pemantauan Global A3M yang berpusat di Jerman menasihatkan pelancong supaya baca informasi mengenai tempat yang ingin dituju, termasuk jumlah kes, nasihat perjalanan dari kerajaan dan peraturan pelancongan.
3. Jangan lupa penyakit yang lain
Pastikan anda mempunyai persediaan dan pastikan semua yang berkaitan dengan kesihatan diperiksa terlebih dahulu apabila membuat keputusan berhubung destinasi pelancongan. Terutamanya menjelang tempoh endemik ini, anda digalakkan mendapatkan nasihat doktor sebelum melancong. Pastikan anda tahu cara untuk mencegah sebelum dijangkiti mana-mana penyakit.
4. Dapatkan insurans perjalanan yang bagus
Pakar mencadangkan supaya anda dapatkan insurans yang lebih komprihensif untuk memastikan rawatan hospital di negara asing tidak membebankan.
Insurans kesihatan perjalanan seharusnya mempunyai perlindungan untuk Covid-19 juga polisi yang membenarkan pemegang diinsurankan dalam kategori kes perubatan munasabah, bukan hanya keperluan perubatan, jelas pakar.
5. Jangan cuai
Melancong dalam fasa pandemik masih berisiko walaupun anda sudah lengkap vaksin. Sentiasa bersedia dan pastikan perjalanan anda terjamin. Malah, orang yang sudah divaksin masih boleh dijangkiti, jika tidak, mereka mungkin menjadi pembawa atau diasingkan kerana kontak rapat.
6. Rancang perjalanan anda
Terdapat faktor-faktor yang lain yang perlu diambil kira seperti mengambil pakej pelancongan atau merancang sendiri perjalanan? Naik kenderaan awam atau pandu sendiri? Menetap di hotel atau di atas kapal.
Selalunya, orang yang memilih pakej pelancongan lebih terlindung jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, menurut Jacubowski.
“Operator pelancongan bertanggungjawab terhadap kebajikan pelanggan mereka. Mereka yang melancong secara solo sering berada di samping telefon bimbit mereka.
"Ia mudah untuk mereka melakukan sebarang pembatalan atau tempahan semula nanti jika ada isu berbangkit sebagai contoh amaran perjalanan diumumkan di negara yang ingin dikunjungi," katanya.
7. Jadi lebih fleksibel
Jika anda sudah merancang dan pertimbangkan risiko yang ada, anda perlu menjadi lebih fleksibel dan lebih spontan ketika melancong. Sebagai contoh, buat tempahan yang membenarkan anda untuk membatalkannya bila-bila masa atau menawarkan ganti rugi jika sesuatu berlaku. Seperti yang di jelaskan Schaefer, sukar untuk kita meramal apa yang bakal terjadi. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram