TAHUN lalu, minuman kopi Dalgona dari Korea Selatan telah menjadi kegilaan rakyat Malaysia ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan.
Kali ini, oleh kerana drama fiksyen terkenal Korea Selatan yang berjudul Squid Game, rakyat Malaysia kini berkongsikan resepi gula-gula Dalgona menerusi platfom media sosial seperti TikTok, Facebook, dan YouTube.
Video Chikidot Channel di YouTube telah meraih lebih dari 334,000 tontonan sejak pertama kali di muat naik dua minggu yang lalu.
Mohd Afzarul Dzarif Mohd Maslee, seorang YouTuber, cuba membuat gula-gula dalgona dengan menggunakan gula cair dan soda bikarbonat. Tofi kemudiaan diratakan dan kemudian dicapkan dengan acuan bercorak.
Gula-gula itu lebih dikenali sebagai ppopgi, sejenis makanan tradisional Korea Selatan. Ia digunakan sebagai salah satu cabaran dalam episod ketiga siri Netflix Squid Game. dengan berbekalkan pecungkil mereka perlu mengukir dan keluarkan corak yang tersedia tanpa mematahkannya.
Squid Game mengisahkan 456 pemain daripada pelbagai latar belakang dan mempunyai hutang keliling pinggang. Dengan bermain permainan kanak-kanak, mereka mampu berpeluang memenangi wang tunai sebanyak 45.6 billion won (RM160 juta).
Namun, mereka yang kalah akan dikenakan hukuman. Drama siri ini dibintangi oleh Lee Jung-jae dan Park Hae-soo.
Sebulan selepas pelancaran, rancangan ini telah berjaya menarik perhatian jutaan penonton, melebihi Bridgerton 2020 yang merupakan siri paling banyak ditonton sebelum ini di Netflix.
Di Instagram, sudah ada yang mula mengambil peluang ini untuk berniaga dan menjual gula-gula dalgona secara dalam talian. Antaranya @dalgonamalaysia sudah mula menjual gula-gula ini untuk peminat tegar Squid Game. Setiap kepingan dijual dengan harga RM6, manakala pencungkil gigi pula berharga RM1.
Terdapat juga sebuah salun manikur yang berpusat di Kuala Lumpur yang menjual corak kuku yang dicat berdasarkan drama fiksyen terkenal itu. — The Star

MOHD Afzarul Dzafir Mohd Mazlee (dua dari kiri) dan rakan yang cuba membuat dan patahkan gula-gula Dalgona di Youtube Cikidot Channel. Foto — YouTube/Cikidot Channel
Gula-gula itu lebih dikenali sebagai ppopgi, sejenis makanan tradisional Korea Selatan. Ia digunakan sebagai salah satu cabaran dalam episod ketiga siri Netflix Squid Game. dengan berbekalkan pecungkil mereka perlu mengukir dan keluarkan corak yang tersedia tanpa mematahkannya.
Squid Game mengisahkan 456 pemain daripada pelbagai latar belakang dan mempunyai hutang keliling pinggang. Dengan bermain permainan kanak-kanak, mereka mampu berpeluang memenangi wang tunai sebanyak 45.6 billion won (RM160 juta).
Namun, mereka yang kalah akan dikenakan hukuman. Drama siri ini dibintangi oleh Lee Jung-jae dan Park Hae-soo.
Sebulan selepas pelancaran, rancangan ini telah berjaya menarik perhatian jutaan penonton, melebihi Bridgerton 2020 yang merupakan siri paling banyak ditonton sebelum ini di Netflix.
RAKAN zaman persekolahan Sang-woo (Park Hae-soo) dan Gi-hun (Lee Jung-jea) dipaksa untuk lawan sesama sendiri dalam Squid Game. Foto — Handout/Agensi