Boleh kena saman jika anak tiru aksi Squid Game


  • Benua
  • Ahad, 10 Okt 2021

BEBERAPA sekolah di England bimbang dengan kandungan siri itu yang ‘tidak bersesuaian dengan peringkat umur’. — Netflix

AWAS! Anda sebagai ibu bapa atau penjaga boleh disaman jika anak anda didapati meniru aksi atau aktiviti siri popular Korea Selatan, Squid Game di sekolah.

Amaran itu disuarakaan beberapa sekolah di England yang bimbang tentang aspek keselamatan pelajar memandangkan kandungan siri itu yang ‘tidak bersesuaian dengan peringkat umur’.

Jurucakap Sandown School di Deal berkata, langkah itu sebagai respon terhadap drama yang ditayangkan di Netflix yang sarat dengan aksi keganasan.

“Sebagai maklum balas terhadap tayangan drama itu, pihak sekolah memperuntukkan sesi pembelajaran tambahan mengenai ancaman bahaya dalam talian,” jelasnya.

Sekolah lain di kawasan sama, Goodwin Academy turut mengesahkan pasukan keselamatan menghantar surat mengenai kebimbangan peringkat usia yang menonton kandungan siri tersebut.

Ibu bapa yang tinggal di Deal menulis dalam media sosial memaklumkan mereka menerima surat dari dua sekolah rendah dan menengah yang memberikan amaran terhadap ibu bapa yang membenarkan anak mereka menonton drama itu.

“Saya mula memikirkan surat yang lebih umum mengenai tanggungjawab ibu bapa mungkin lebih berguna seperti awasi penggunaan media sosial oleh anak-anak,” katanya.

Bapa penjaga lain pula menerusi Twitter berkata, ibu bapa boleh dikenakan hukuman sekiranya anak-anaknya yang bersekolah di Ilford, timur London bermain Squid Game versi mereka sendiri menerusi surat amaran. — Agensi

Squid Game, Saman