Musim cuti sekolah tiba lagi, jom rebut tawaran e-baucar percutian impian sekeluarga bersama Lexis Hotel Group


  • Hobi
  • Selasa, 21 Feb 2023

Pelbagai tawaran harga menarik bagi jenis bilik dan harga sarapan percutian bersama Lexis Hotel Group.

MENJELANG musim cuti sekolah ini, tiba masanya untuk merancang percutian ke destinasi indah bersama keluarga tersayang. Merakam detik menggembirakan bersama insan istimewa ketika menikmati pengalaman memukau di persekitaran nyaman hotel atau resort Lexis tentu sekali memberikan kepuasan yang tidak terhingga.

Inilah peluang yang dinanti-nantikan untuk meluangkan masa bersama keluarga terutamanya anak-anak yang masih bersekolah bagi menghiburkan mereka dan memberikan ruang rehat sejenak untuk berhibur bersama ibu bapa.

Pelancaran promosi percutian terbaharu Lexis Hotel Group menerusi jualan e-baucar, ‘Riang Ria Cuti Sekolah Holiday Bliss’ membolehkan pengunjung memilih daripada empat hotel dan resort Lexis berbeza sebagai destinasi sempena cuti persekolahan ini.

Nikmati tawaran hebat diskaun untuk pelbagai jenis bilik terpilih dan sarapan disemua hotel dan resort Lexis dengan e-baucar ‘Riang Ria Cuti Sekolah Holiday Bliss’ dari 20 Februari 2023 hingga 28 Februari 2023.

Accommodation - Premium Pool Villa (1)

Tawaran meliputi pelbagai jenis bilik penginapan di hotel dan resort Lexis.

Accommodation - Premium Pool Villa (3)

Nikmati momen berharga sekeluarga sepanjang percutian eksklusif bersama Lexis Group.

Jualan runtuh itu memberi peluang kepada penggemar percutian destinasi tepi pantai untuk membuat pembelian e-baucar bilik penginapan dua hari satu malam bagi jenis bilik terpilih di mana-mana hotel dan resort Lexis di Port Dickson, Negeri Sembilan atau Pulau Pinang bermula serendah harga RM230 bersih.

Di samping e-baucar bilik penginapan, terdapat juga e-baucar sarapan yang boleh dibeli dalam talian sempena jualan promosi hebat ini. Tawaran durian runtuh ini juga dapat memberi peluang kepada keluarga untuk merancang percutian gaya mewah pada kadar istimewa.

Oleh itu jangan lupa tandakan kalender untuk percutian pantai idaman seisi keluarga yang tentu sahaja pengunjung akan menjadi tetamu eksklusif Lexis Hotel Group untuk menghiburkan diri jauh dari kesibukan kerja dan tugasan harian.

Premium Pool Suite (2)

Nikmatilah penginapan percutian di Lexis Suites Penang, di Premium Pool Suite, yang dilengkapi kolam renang peribadi dan bilik stim.

Pastikan rancang percutian dalam tempoh tarikh promosi jualan khas ini agar tidak terlepas peluang untuk mendapatkan baucar bilik penginapan Hotel Lexis pada harga menarik. Promosi jualan e-baucar ‘Riang Ria Cuti Sekolah Holiday Bliss’ Lexis Hotel Group akan bermula dari sekarang sampai 11.59 malam, 28 Februari 2023.

Tawaran menarik Lexis Port Dickson untuk jenis bilik Premium Tower Room (RM230) e-baucar bilik sahaja Riang Ria Cuti Sekolah Holiday Bliss (Harga Bersih); Premium Water Chalet (RM330) e-baucar bilik sahaja Riang Ria Cuti Sekolah Holiday Bliss (Harga Bersih) dengan e-baucar sarapan (harga bersih) RM25 seorang.

Grand Lexis Port Dickson pula untuk jenis bilik Deluxe Suite (RM490) e-baucar bilik sahaja Riang Ria Cuti Sekolah Holiday Bliss (Harga Bersih); Premium Pool Villa (RM590) e-baucar bilik sahaja Riang Ria Cuti Sekolah Holiday Bliss (Harga Bersih) dengan e-baucar sarapan (harga bersih) RM35 seorang.

Bagi Lexis Hibiscus Port Dickson ia membabitkan bilik Sky Pool Villa (RM590) e-baucar bilik sahaja Riang Ria Cuti Sekolah Holiday Bliss (Harga Bersih); Premium Pool Villa (RM690) e-baucar bilik sahaja Riang Ria Cuti Sekolah Holiday Bliss (Harga Bersih) dengan e-baucar sarapan (harga bersih) RM40 seorang.

Exterior (2)

Menikmati permandangan mempesonakan sambil merehatkan diri di hotel Lexis.

Selain itu, Lexis Suites Penang turut menawarkan jenis bilik Premium Pool Suite (RM390) bilik sahaja Riang Ria Cuti Sekolah Holiday Bliss (Harga Bersih) dengan e-baucar sarapan (harga bersih) RM35 seorang.

Tempoh promosi jualan hanya selama sembilan hari, jadi pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan ini dan layarilah laman web https://shop.lexis.my/ dalam tempoh tersebut untuk membuat pembelian.

Setiap e-baucar adalah sah untuk penginapan dua hari satu malam bagi dua orang pada mana-mana tarikh yang dipilih sepanjang tempoh satu tahun dari tarikh pembelian e-baucar tersebut.

Manakala setiap e-baucar sarapan pula adalah sah untuk seorang dan boleh digunakan sekali sahaja untuk menikmati set sarapan atau bufet sarapan yang ditawarkan di hotel atau resort Lexis tertentu. Perlu mengikut terma dan syarat yang berkenaan.

Nikmati peluang bilik penginapan dan sarapan pada harga istimewa. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan e-baucar bilik penginapan dan e-baucar sarapan pada harga tawaran istimewa sepanjang tempoh promosi ini.

Dengan adanya baucar-baucar ini, bolehlah anda mula merancang percutian Lexis yang seterusnya, supaya dapat merasai saat-saat indah bersama keluarga tercinta sambil menikmati penjimatan yang lebih hebat. Jangan lupa melayari https://shop.lexis.my/ untuk membuat pembelian sebelum tempoh promosi jualan berakhir. Stok adalah terhad.

Jangan ketinggalan dan ketahui segera tentang semua promosi-promosi terbaharu Lexis Hotel Group, sila layari https://www.lexis.my/ atau ikuti akaun @lexishotelgroup di Instagram, Facebook dan TikTok. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram