Walau bergelar isteri, peminat harap Aisyah terus menyanyi


  • Hiburan
  • Ahad, 13 Apr 2025

Aisyah sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Dr. Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail pada 11 April lalu.

MESKIPUN sudah bergelar isteri, namun peminat masih berharap, Aisyah Aziz, 31, meneruskan karier nyanyian dek kelunakan vokal dimiliki.

Harapan itu disuarakan menerusi ruangan komen di hantaran ibu penyanyi berasal dari Singapura itu yang menitipkan ucapan dan doa kepada pasangan mempelai.

“Tahniah aunty. Harap sangat Aisyah boleh terus menyanyi,” komen @takperlucaption.

BACA LAGI: Menopaus, dimensia, wanita seawal usia 49 tahun antara kumpulan berisiko tinggi

BACA LAGI: Wanita asal Melaka menang anugerah gangsa pertandingan STEM for Britain 2025, kajian teknik pengimejan guna mikroskop elektron

 

 

Dalam hantaran tersebut, ibu Aisyah, S Hafiza Basharahil menzahirkan rasa syukur atas pertambahan ahli baharu dalam keluarga, selain menitipkan doa agar perkahwinan anaknya kekal diberkati dan dilindungi oleh ALLAH SWT.

“Bismillah Alhamdulillah, kami menyambut anakanda Md Fakhrudin Amir ke dalam keluarga besar kami.

"Semoga rumah tangga yang dibina ini sentiasa dilindungi dan dirahmati ALLAH sehingga ke jannah,” tulisnya.

Lebih manis, adik ipar Aisyah, PU Haris Ismail yang juga suami kepada selebriti Neelofa, turut menitipkan kata-kata indah dalam sebuah hantaran menyentuh hati.

Menerusi gambar pasangan pengantin baharu tersebut, Haris menyifatkan abangnya insan dikagumi sejak kecil.

“Dari pencapaian akademik sehinggalah contoh mahmudah yang telah ditampilkan, abang Amir orang yang hebat, apatah lagi sekarang dikurniakan seorang isteri sopan santun budi pekertinya,” tulisnya.

Pasangan tersebut selamat diijab kabul dalam majlis tertutup di Singapura pada 11 April lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram