Tarikh lihat anak bulan Syawal 30 Mac di 29 lokasi


  • Primer
  • Khamis, 20 Mac 2025

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Syawal pada 30 Mac nanti. — Gambar hiasan

PEJABAT Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan bahawa tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada 30 Mac (Ahad). 

Pihaknya juga berkata, Majlis Raja-Raja bersetuju bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri akan diputuskan berdasarkan Rukyah dan Hisab. 

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan turut mengisytiharkan tarikh Aidilfitri pada malam yang sama menerusi siaran radio dan televisyen.

BACA LAGI: [VIDEO] Tandas SK Long Jaafar siap dibaiki 2 hari lepas murid mengadu kepada PM Anwar

BACA LAGI: [VIDEO] Budak lelaki spontan mengadu kepada PM Anwar tandas sekolah rosak di bazar Ramadan

Sebanyak 29 lokasi sudah dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal iaitu Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka; Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Balai Cerap Bukit Jugra, Banting dan Sabak Bernam, Sabak Bernam, Selangor; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; Stesen Cerap Hilal di Kampung Pulau Sayak dan Menara Alor Setar, Kedah.

Antara lokasi lain ialah Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling, Menara Bangunan SEDC, Bukit Peraksi, Pasir Puteh di Kelantan dan Stesen Cerap Hilal di Bukit Besar, Bukit Geliga, Pulau Perhentian dan KUSZA di Terengganu.

Sementara itu, tarikh Hari Raya Aidilfitri pula dijangka jatuh pada 31 Mac. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram