Tunjuk isyarat 5 jari, skuad muda TBG turut alami isu gaji?


  • Podium
  • Rabu, 19 Feb 2025

Cara keraian skuad muda TBG selepas jaringan pembukaan Alif Zikri mencuri perhatian penyokong kelab itu. — Facebook/Perak FC

ISU tunggakan gaji bukan hal asing dalam arena bola sepak tanah air hari ini apabila laporan mengatakan sebahagian besar pasukan terkesan dengan masalah berkenaan musim ini.

Situasi itu menyaksikan mereka yang dibelenggu kemelut itu tidak dapat menampilkan aksi cemerlang kerana pemain berasakan pihak pengurusan tidak menjaga kebajikan mereka dengan baik.

Lebih merisaukan lagi, isu tersebut turut membelenggu skuad Bawah 23 Tahun (B-23) yang beraksi dalam Piala MFL dengan kegagalan menyelesaikan perkara itu akan meranapkan kesungguhan 'ubi muda' tanah air.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak lagi berkelana, ex import Perak, JDT, Selangor pilih pulang ke kampung halaman

BACA LAGI: Rekod tak beri gambaran tepat, fans TBG desak Perak tak sia-siakan peluang raih 3 mata

480302120_640343361879376_1619103414391475431_n

Skuad muda TBG mengalami kekalahan ketika bertemu Selangor FC dalam aksi Piala MFL. Facebook/Perak FC

Antara pasukan muda difahamkan mengalami masalah itu ialah Perak FC II berdasarkan perkongsian penyokong selepas masing-masing melihat perubahan dalam gaya permainan mereka.

Pasukan yang dahulunya giat merebut tempat dalam kelompok lima teratas itu kini menduduki tangga ketujuh Piala MFL selepas 21 perlawanan susulan kekalahan di tangan Selangor FC pada Selasa.

Aksi di Stadium UiTM, Shah Alam, Selangor itu menyaksikan skuad bimbingan Chan Wing Hoong tewas 2-4 selepas dua sepakan penalti gagal disempurnakan untuk mengikat kedudukan.

Bagaimanapun, apa yang lebih menarik untuk diperkatakan mengenai perlawanan itu adalah apabila pemain skuad muda The Bos Gaurus (TBG) seakan-akan memberi isyarat tersirat mengenai nasib dialami pasukan.

Selepas Alif Zikri menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-29, kelihatan rata-rata daripada mereka meraikan gol berkenaan sambil menunjukkan lima jari sebagai tanda tunggakan gaji dialami sudah mencecah lima bulan.

480341125_640304115216634_1016900224765990116_n

Mesej tersirat cuba disampaikan pemain Perak FC II ketika perlawanan itu. Facebook/Perak FC

Meskipun perkara itu tidak dipastikan pihak pengurusan, hantaran tersirat pemain membuatkan penyokong mula berteka-teki mengenai apa yang cuba disampaikan pemain Perak FC II.

"Apa makna tu admin?" soal Mukhta Musa.

"Lima apa tu?" kata Myrul Cenderawasih.

Sebelum ini, terdapat laporan bahawa skuad senior TBG turut dirundung masalah sedemikian, namun tiada sebarang kenyataan mahupun luahan diberikan pemain dan barisan kejurulatihan.

Malah, melihat kepada persembahan anak-anak buah Yusri Che Lah, isu dialami pasukan tidaklah begitu serius memandangkan mereka masih bersemangat untuk berada dalam kelompok lima teratas.

Sekiranya masalah dialami skuad Piala MFL itu tidak diselesaikan, kesan jangka masa panjang akan dapat disaksikan dengan Perak FC tidak akan mempunyai pelapis berkaliber selepas ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram