[VIDEO] Tumbangkan lawan dalam masa 70 saat, 'punching power' Aliff Rakib macam tiada ubat


  • Podium
  • Sabtu, 08 Feb 2025

Aliff Rakib (kanan) menewaskan petarung Russia, Shamil Adukhov dalam 70 saat di Bangkok pada Sabtu. — Facebook/Renz Nazario

ATLET muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib tidak memerlukan tempoh lama untuk menumbangkan petarung dari Rusia, Shamil Adukhov dalam aksi One Fight Night 28 di Bangkok, Thailand pada Sabtu.

Aliff Rakib yang menewaskan lawannya itu secara 'knockout' (KO) pada pusingan pertama hanya memerlukan 70 saat sahaja untuk menumbangkan Adukhov menerusi dua tumbukan ke bahagian kepala lawannya itu.

Dalam pertarungan kategori catchweight itu, petarung muda sedang meningkat naik itu nyata dilihat lebih bersedia berbanding Adukhov yang juga pendatang baharu dalam ONE Championship.

BACA LAGI: [VIDEO] Jumpa Johan sebenar, Jojo belum mampu tumbangkan Estupinan di ONE Championship

BACA LAGI: Agilan 'Alligator' Thani bakal berentap dengan rakan seguru Conor McGregor di Nilai

Kemenangan berkenaan membolehkan petarung berusia 21 tahun tersebut membawa pulang bonus bernilai AS$50,000 (RM222,000).

Kejayaan yang diperoleh Aliff Rakib membuatkan namanya meniti di bibir pengikut sukan berkenaan dengan ada penyokong menyifatkan petinju muda itu mempunyai keistimewaan tersendiri.

Pengguna media sosial, Renz Nazario dalam satu hantarannya melihat Aliff Rakib seorang petarung yang mempunyai ilmu yang mendalam dalam sukan berkenaan dan memudahkan dia untuk memperoleh kemenangan dengan mudah.

"Makin hari makin padu si Aliff Rakib ini, hampir semua lawan dia habiskan dengan K.O easy macam itu saja tidak sampai seminit, bagi lah sikit penonton ini jamah roti dengan kopi-o panas, hisap rokok pun Aliff.

"Inilah perlawanan dari seorang fighter yang latar belakangnya bukan datang dari keluarga yang senang-lenang, bukan datang dari orang berduit. Passion dia atas ring tu agak berbeza sikit.

"Dia ini relentless fighter tapi pakai akal, kita boleh nampak bukan dalam fight dengan Adukhov ini saja tapi waktu dia tewaskan Goncalves hari itu walaupun terpaksa fight dengan kaki yang dah macam 'jelly' still boleh menang dengan unanimous desicion.

"Tak perlu trashtalk, tak terlalu hype dari media, tapi atas ring dia bagi 100 peratus, itulah Aliff Rakib. Cara dia study sudut ring pun bagus, dia tahu mana nak drag lawan dia sebelum dia bantai habis-habis.

"Punching power dia tak ada ubat, boxing knowledge si Aliff ini ada dekat tahap yang berbeza hari ini," katanya menerusi satu hantaran pada Sabtu.

Selain itu, peminat sukan Muay Thai itu juga berharap agar jiwa pejuang yang ada dalam diri Aliff Rakib dan beberapa petarung lain seperti Rifdean Masdor dan Johan Ghazali mampu menjadi ikutan kepada petinju muda.

Bukan itu sahaja, peminat sukan itu juga mengingatkan agar penyokong tidak membuat perbandingan antara petinju muda yang sedang meningkat naik. Sebaliknya, memberi mereka sokongan sebaiknya.

Kejayaan terbaharu dilakar Aliff Rakub juga menyaksikan dia melebarkan rekod kemenangan 7-2 sejak bertarung dalam ONE Championship. Lebih membanggakan, lima kemenangan termasuk hari ini diperoleh menerusi pukulan KO. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram