Lepas bermusim-musim ‘hilang’, persembahan ‘zaman prime’ bek sayap makin memuaskan hati fans Selangor


  • Podium
  • Khamis, 12 Dis 2024

Quentin (kiri) membuat dua hantaran bantuan dan satu gol menentang KDN FC. — Facebook/SelangorFC

SELANGOR FC menunjukkan jurang kualiti menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC apabila menang 5-1 pada aksi timbal balik pertama Piala Cabaran MFL 2024 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Skuad kendalian Katsuhito Kinoshi akhirnya menunjukkan aksi konsisten setelah tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dan Piala Malaysia apabila membuka jaringan seawal minit kedua.

Stadium MBPJ bergema dengan sorakan penyokong apabila menyasikan gol pertama dari penyerang import mereka, Ronnie Fernandez hasil menerima umpanan bek kanan, Quenting Cheng.

BACA LAGI: Kisah dah berubah, 3 sebab fans perlu yakin andai TMJ jadi Presiden FAM

BACA LAGI: TMJ calon sesuai Presiden FAM, kita perlu orang yang ada duit — Irfan Bakti

Quentin terus memainkan peranan penting pada aksi pertama Piala Cabaran apabila sekali lagi membuat hantaran bantuan dengan gol kedua berhasil disudahkan oleh Mukhairi Ajmal pada minit ke-37.

Meskipun dua gol awal itu meletakkan Gergasi Merah di hadapan namun kegembiraan penyokong direncatkan dengan keadaan padang di gelanggang rasmi pasukan Lembah Klang tersebut.

Menjengah ruangan komen, penyokong Gergasi Merah rata-ratanya mempersoalkan mutu padang yang dilihat seolah-olah tidak diselanggara dengan baik oleh pihak MBPJ.

"Selangor padang makin bertambah teruk sejak MBPJ tukar kontraktor baharu. Jika kontraktor baharu tidak kompeten, harap MBPJ dapat panggil semula kontraktor lama iaitu Turf Consultancy," dakwa penyokong Gergasi Merah, Encik Apis.

"Padang nampak teruk sejak kontraktor baharu ini. Mungkin ada perancangan MBPJ untuk tukar rumput musim depan," jelas penyokong Selangor, Putra Putih.

Tiga minit selepas separuh masa kedua, Mukhairi mencetak gol ketiga peribadinya musim ini usai menerusi lorongan Ronnie. Gol berkenaan pastinya menambah keyakinannya selepas mengalami musim mencabar.

Kelantan berhasil mendapatkan gol pertama akibat tindakan awal Azim Al-Amin keluar membantu memakan diri apabila pemain Kijang Emas, Adam Daniel meledak jaringan awal untuk pasukan Pantai Timur berkenaan.

Gergasi Merah terus berpesta gol apabila lorongan dari Faisal Halim disudahkan cantik oleh Ronnie. Quentin menambah jaringan untuk kelima untuk Gergasi Merah pada minit ke-80.

Persembahan Quentin yang membuat dua hantaran bantuan dan satu gol pada aksi pertama menentang Kelantan itu meraih pujian penyokong. Penyokong Gergasi Merah melihat bek sayap itu semakin memuaskan.

"Cheng padu malam ini. Dua hantaran bantuab dia buat," kata penyokong Gergasi Merah, Nur Ainn.

"Cheng memang sekarang sudah masuk zaman prime dia," tambah peminat Selangor, Ant Zameer Al Malizi.

Gergasi Merah membawa bekalan selesa untuk aksi timbal balik Piala Cabaran yang akan berlangsung di MBPJ pada 22 Disember nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram