SKUAD kebangsaan dijangka tempang apabila misi utama untuk mengutip satu mata di Thailand dilihat sangat sukar selepas pihak pengurusan tidak melepaskan empat pemain utama Harimau Malaya ke Bangkok pada Khamis (12 Disember).
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman ketika ditemui wartawan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Khamis (12 Disember).
Menurut Azman, Sabah FC tidak melepaskan empat pemain kebangsaan iaitu Darren Lok, Dominic Tan, Stuart Wilkin dan Daniel Ting ke Thailand selepas pasukan mereka akan bertemu Kuching City FC dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2024 pada Ahad (15 Disember).
BACA LAGI: [VIDEO] Bersama Peter Cklamovski, Harimau Malaya bakal terap taktikal bertahan?
BACA LAGI: Penang jadi 'role model', Selangor dan Kuching City tuntut balik pemain
"Empat pemain dari Sabah tidak bersama pasukan, pemain lain termasuk dari Selangor semua pergi bersama pasukan ke Bangkok. Pemain dari Penang, Syamer dan Adib pun ada.
"Kita memahami situasi dihadapi kelab. Kelab bantu kita dan kita pun kena bantu kelab juga.
"Kita harapkan pasukan akan buat yang terbaik di Thailand. Saya yakin barisan kejurulatihan boleh membentuk skuad seimbang walaupun ramai pemain muda."
UPDATE AMEC 2024: Sabah tidak lepaskan 4 pemain kebangsaan, Darren Lok, Daminic Tan, Stuart Wilkin dan Daniel Ting ke Thailand
Manakala 2 pemain Selangor, Harith Haikal & Kalamullah Al Hafiz di beri pelepasan bersama skuad kebangsaan.
Syafiq Ahmad akur dengan kecederaan https://t.co/kiKvRXFsxj pic.twitter.com/zICRlClvhC— FinaNasrom (@fnasrom) December 12, 2024
Dengan ketiadaan empat tonggak itu, ia akan memberikan kesukaran buat skuad kebangsaan untuk mencipta magis di Bangkok selepas Thailand mudah menewaskan Timor Leste di halaman lawan dengan keputusan 10-0 pada Ahad (8 Disember).
Ini selepas melihat persembahan hambar anak-anak buah Pau Marti Vicente selepas nyaris dikejutkan oleh Timor Leste dengan keputusan 3-2 di halaman sendiri.
Skuad kebangsaan perlu mengutip sekurang-kurangnya satu mata untuk menghidupkan peluang layak ke pusingan separuh akhir Piala Asean 2024 selepas Singapura menang 2-1 menewaskan Kemboja pada Rabu (11 Disember). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
