PELUANG Malaysia untuk ke Piala Asia 2027 dilihat terbuka selepas mereka diundi dalam kumpulan F untuk pusingan ketiga kelayakan kejohanan itu.
Diundi pada Isnin, Malaysia diletakkan bersama-sama Nepal, Laos dan Vietnam yang dianggap sebagai calon kuat memenangi kumpulan tersebut.
Sebagai rekod, hanya juara kumpulan akan mara ke pusingan akhir Piala Asia yang akan diadakan di Arab Saudi.
BACA LAGI: Dua bintang akan tiba? TMJ cadang Bergson, Hidalgo penyelesaian peledak Harimau Malaya
BACA LAGI: Undian mudah tak cukup, ekor HM tagih skuad terbaik jika mahu lolos ke Piala Asia 2027
Di atas kertas, Vietnam dilihat sebagai pasukan pilihan untuk layak sebagai wakil daripada kumpulan F. Namun begitu, pendapat Supercomputer lebih memihak kepada Malaysia.
Memetik siaran daripada Footy Rankings, ramalan daripada Supercomputer mendapati Malaysia mempunyai peluang lebih cerah untuk menjuarai kumpulan berbanding Vietnam dengan peratusan setinggi 55 peratus.
Ia berbeza dengan Vietnam yang mempunyai peluang sekadar 45 peratus untuk memenangi kumpulan F sambil mempunyai potensi lebih besar menamatkan saingan di tempat kedua dengan 53 peratus. Berbanding Malaysia, Harimau Malaya mempunyai potensi 44 peratus untuk menduduki tempat kedua.
Ramalan Supercomputer mendapati Malaysia berpeluang memenangi kumpulan F.
Kedua-dua jaguh Asia Tenggara itu bagaimana pun mempunyai peratusan kecil untuk menamatkan saingan di tempat ketiga dengan Malaysia 1 peratusa manakala Vietnam 2 peratus.
Sementara bagi negara-negara Asia Tenggara lain, Thailand dijangka tiada masalah untuk layak ke Piala Asia dengan mereka mempunyai 86 peratus peluang memenangi kumpulan D yang turut disertai Turkmenistan, Chinese Taipei dan Sri Lanka.
Sementara Singapura hanya mempunyai 21 peratus peluang untuk mara selepas mereka menjadi pasukan pilihan ketiga untuk mara daripada kumpulan C yang turut dihuni India, Hong Kong dan Bangladesh. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram