Tak tunggu lama, Arif Aiman 'lepas geram' ledak hatrik lepas digantung 2 aksi


  • Podium
  • Ahad, 08 Dis 2024

Arif Aiman tersenyum riang setelah meledak hatrik pada separuh masa pertama. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

SEPERTI diramal, Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berdepan sebarang masalah apabila menerima kunjungan Kuala Lumpur (KL) City FC di laman sendiri pada Ahad.

Mereka yang menurunkan kesebelasan utama terbaik dalam pertemuan Liga Super itu meneruskan rentak apabila meraih kemenangan 3-0 di hadapan penyokong sendiri.

Lebih membanggakan lagi, kesemua jaringan itu disumbangkan bintang utama pasukan, Arif Aiman Hanapi yang meledak hatrik dalam perlawanan pertamanya selepas kembali dari penggantungan.

BACA LAGI: 'Insiden 'cabul' Arif Aiman kesalahan ganas', layangan 3 kad merah aksi JDT-Buriram tepat

BACA LAGI: Aksi JDT-Buriram dicemari 3 kad merah, Arif Aiman diharap tidak trauma lepas 'dicabul' Theerathon

469500057_1153692479460060_7358818157678061050_n

Arif Aiman tidak memerlukan masa yang lama untuk meledak buat skuad Harimau Selatan. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Dia yang dikenakan hukuman terbabit selepas terlibat dalam pergaduhan ketika aksi Liga Super menentang Perak FC sememangnya tidak berdepan sebarang masalah untuk kembali membuktikan kualitinya dalam pasukan.

"Kena gantung tiga perlawanan, tu yang boleh lepaskan geram dengan tiga jaringan," kata Azhar Ahmad.

"Padu Arif, dah berehat, itu yang boleh hatrik. Harapnya dapat tambah lagi gol pada separuh masa kedua," kata Halim Zahir.

Pemain berusia 22 tahun tersebut sepatutnya tidak boleh diturunkan dalam tiga perlawanan peringkat domestik, namun sudah kembali dalam pasukan selepas dua aksi pasukan.

Penggantungan itu berkemungkinan dikurangkan selepas JDT membuat rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana kebolehannya dalam barisan serangan amat diperlukan.

Ini dibuktikan dengan tiga gol yang dijaringkan pada babak pertama di Stadium Sultan Ibrahim, Johor dengan catatan tersebut menyaksikan Arif Aiman sudah mencetak tujuh jaringan setakat 11 penampilan.

Kehadirannya sudah tentu amat diharapkan memandangkan JDT mahu terus mendominasi saingan apabila mereka akan sekali lagi bertemu KL City FC dalam pusingan suku akhir Piala Malaysia pada Jumaat depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram