Bergson layak MVP tapi karakter Sumareh pula jadi sebutan


  • Podium
  • Sabtu, 30 Nov 2024

Skuad Harimau Selatan mara ke suku akhir selepas menewaskan Kuala Lumpur Rovers pada Sabtu. — Facebook/JDT

JOHOR Darul Ta’zim menepati ramalan ke suku akhir saingan Piala Malaysia 2024 selepas mudah menewaskan wakil kelab Liga A1 Semi Pro, Kuala Lumpur Rovers dengan keputusan 6-0 sekali gus menjadikan agregat 9-0 dalam pusingan 16 Piala Malaysia yang berlangsung pada Sabtu.

Bekalan tiga gol oleh Heberty Fernandes ketika perlawanan pertama memberi kelebihan buat anak-anak buah Hector Bidoglio terus menghukum pasukan Lembah Klang itu.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor itu menyaksikan pasukan tuan rumah berjaya merobek pintu gawang pelawat sebanyak tiga kali pada babak pertama menerusi jaringan sendiri pertahanan KL Rovers, Raffi Nagoorgani dan dua lagi dari bintang Harimau Selatan, Corbin Ong dan Jese Rodriguez.

BACA LAGI: 'Liga Malaysia lebih kompetitif dan ibarat rumah kedua saya'

BACA LAGI: Bintang Shah Alam Titans letak harapan tinggi, mahu bola keranjang diberi lebih perhatian seperti bola sepak di Malaysia

WhatsApp Image 2024-11-30 at 19.49.24

Sumareh (tengah) mencetak gol keenam buat Harimau Selatan. — Facebook/JDT

Bersambung babak kedua aksi di SSI, skuad Harimau Selatan menambah derita pasukan Lembah Klang itu apabila gagal menyekat kemaraan pemain gantian, Bergson da Silva.

Kemasukan Bergson nyata membuahkan hasil apabila membantu pasukan yang berpangkalan di Selatan tanah air itu berada dalam kedudukan yang cukup selesa untuk mara ke suku akhir.

Penyerang berbisa kelahiran Brazil itu hanya mengambil masa enam minit untuk mencetak dua jaringan menewaskan penjaga gol KL Rovers, Asyraaf Omar sekali gus memastikan JDT terus berada di hadapan.

Masih mahu menambah jaringan, Mohamadou Sumareh menghadiahkan gol keenam buat JDT selepas menampilkan gerakan yang cukup menarik dalam kotak penalti dan berjaya memperdayakan penjaga gol KL Rovers.

Susulan kemenangan itu, ramai berpendapat bahawa penyerang Brazil, Berson layak digelar sebagai Pemain Paling Berharga (MVP) dalam aksi tersebut selepas hanya memerlukan enam minit untuk mencetak dua gol.

Malah, ada juga yang terhibur dengan gelagat yang yang ditampilkan oleh Sumareh meskipun diturunkan pada babak kedua perlawanan.

“Tak tahu kenapa Sumareh buat gol itu rasa nak gelak, dia punya aura lawak itu tak boleh bincang,” kata Muhd Sya.

“Melawak boleh, jaringkan gol pun boleh, serba boleh Sumareh ini kan,” kata Muhd Riduan.

“Memang Sumareh ini pelawak, dia buat gol pun boleh buat kita nak tergelak,” kata Jais Ahmad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram