Selangor tak pandang jurang besar Liga Super 'standing' JDT


  • Podium
  • Rabu, 30 Okt 2024

Sebahagian aksi skuad Gergasi Merah dan JDT bergelut untuk meraih kemenangan berharga dalam saingan Liga Super. — Facebook/Selangorfc

JUARA Johor Darul Ta’zim (JDT) membina kelebihan yang ketara di pertengahan saingan Liga Super namun pencabar terdekat mereka, Selangor FC tidak menyerah begitu sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon, menyatakan bahawa pasukan The Red Giants masih berada dalam jarak yang boleh dicapai dan akan tetap fokus untuk meraih sebanyak mungkin mata dalam baki perlawanan.

Johan mengakui bahawa skuad di bawah bimbingan jurulatih Nidzam Jamil menghadapi cabaran sukar untuk mengecilkan jurang dengan Harimau Selatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pengadil silap tiup wisel, aksi India-Nepal tertangguh 70 minit

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Kau makan apa dik?’, pelapis ragbi Johor berbadan sasa walaupun baru darjah 6

WhatsApp Image 2024-10-30 at 10.41.46

Bergson (kanan) membantu JDT menewaskan Selangor FC dengan mencetak dua gol. — Facebook/Selangorfc

“Jurang yang besar dengan JDT, tetapi kami mengambilnya satu perlawanan pada satu masa. Kami tidak fokus pada jurang tapi kami mahu fokus pada diri sendiri dan meraih sebanyak mungkin kemenangan.

“Skuad berada dalam kedudukan yang baik dan kami akan memperbaiki bahagian mana yang perlu diperbaiki,” katanya.

Skuad Gergasi Merah terpaksa akur akan kekuatan yang dimiliki oleh Harimau Selatan apabila tewas 0-3 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor pada Ahad lalu.

Bintang JDT, Bergson da Silva, menjaringkan dua gol, manakala Romel Morales menambah satu gol lagi untuk memastikan kemenangan tersebut.

Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan JDT di tangga teratas liga dengan 34 mata daripada 12 perlawanan dan mengekalkan rekod tanpa kalah.

Selangor berada di tempat kedua dengan 26 mata dari 13 perlawanan, termasuk tiga kekalahan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram