Karikatur laksamana legenda Melaka jadi kiasan Cheng Hoe hampir ke Terengganu


  • Podium
  • Isnin, 07 Okt 2024

Cheng Hoe sudah tentu terbuka untuk mengendalikan skuad Sang Penyu yang bercita-cita besar musim ini.

PENGENDALI berpengaruh dan berpengalaman diperlukan Terengganu FC ketika ini selepas mereka masih belum berada dalam landasan tepat untuk layak ke pentas Asia musim depan.

Keputusan tidak menentu ketika berada di bawah bimbingan Tomislav Steinbruckner menyaksikan kelab Pantai Timur itu mengambil keputusan menggugurkan jurulatih kelahiran Croatia berkenaan.

Situasi bagaimanapun tidak berubah apabila skuad Sang Penyu hanya mencatatkan keputusan seri ketika berdepan PDRM FC dengan Badrul Afzan Razali memegang jawatan pengendali sementara.

BACA LAGI: 'Permainan makin merudum', fans Terengganu tuding jari pada pemain, pengurusan

BACA LAGI: Badrul Afzan 'pegang' mesej Tomi, Terengganu tunggu hingga hujung musim

2850130

Tomislav direhatkan susulan prestasi tidak menentu skuad Sang Penyu. Facebook/Terengganu FC

Perubahan segera sudah tentu diharapkan penyokong pasukan Pantai Timur itu memandangkan mereka kini berada di tangga ketiga dengan lapan mata membezakan pasukan berkenaan dengan Selangor FC yang memiliki slot ke Liga Juara-Juara AFC (ACL) Two 2025/26.

Jadi, untuk mencari penyelesaian, pelbagai pihak mula mendesak Terengganu FC supaya membawa masuk seorang jurulatih yang berpengalaman di Liga Super dengan nama bekas pengendali, Nafuzi Zain terus disebut-sebut.

Bagaimanapun, skuad Sang Penyu seperti mula meraih durian runtuh ketika ini apabila khabar angin mengatakan Tan Cheng Hoe akan mengisi kekosongan yang sudah ditinggalkan Tomislav.

Ura-ura itu timbul selepas laman penyokong, Terengganu 11 memuat naik karikatur memaparkan imej Laksamana Cheng Ho yang memiliki persamaan ketara dengan nama bekas pengendali Selangor FC berkenaan.

Meskipun tidak menyertakan sebarang kapsyen, hantaran itu cukup untuk menimbulkan khabar angin mengenai pengendali baharu skuad Sang Penyu dalam masa terdekat.

462407140_1132814458212873_5598885299293693962_n

Karikatur Laksamana Cheng Ho menimbulkan spekulasi.

Perkara berkenaan juga menerima respons baik daripada penyokong kelab tersebut yang berasakan jurulatih berusia 56 tahun itu cukup sesuai untuk mengisi kekosongan berkenaan.

"Gaya permainan Cheng Hoe lebih baik berbanding Nafuzi, boleh tengok ketika dia membimbing Selangor FC, walaupun setahun lebih, sudah cemerlang gaya permainan mereka. Tahun kedua sahaja boleh membawa mereka ke kedudukan kedua Liga Super," kata PokRull Wen.

"Harap-harap kalau mahu dapatkan jurulatih baharu, ambillah untuk jangka masa panjang, jangan ikut sangat kata penyokong lain ni, mereka tahu bising sahaja," kata Ali Hassan.

Cheng Hoe kini tidak membimbing mana-mana pasukan berikutan penyingkiran Police Tero FC ke divisyen kedua Thailand dengan dia kemudiannya direhatkan pasukan tersebut.

Selain berpengalaman bersama skuad Gergasi Merah, jurulatih itu juga pernah membimbing Kedah serta skuad kebangsaan yang menjadikannya seorang pengendali tempatan terbaik dalam negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram