Tidak kisah beraksi posisi apa, Paulo Josue harap kejayaan di SSMZA berulang lawan skuad Penyu


  • Podium
  • Sabtu, 24 Jun 2023

Josue menjaringkan empat gol dalam perlawanan menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea. — Facebook/FAM

KETUA pasukan Kuala Lumpur (KK) City FC, Paulo Josue masih segar dengan kejayaan bersama Harimau Malaya apabila dia menjaringkan empat gol dalam perlawanan menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea.

Malah, pemain naturalisasi itu mahu prestasi baiknya diteruskan apabila mengetuai kelabnya pasukan Warga Kota menentang Terengganu pada separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, Terengganu pada Ahad.

Dalam aksi persahabatan antarabangsa, arkirek tengah itu menjaringkan satu gol dalam kemenangan 4-1 ke atas Kepulauan Solomon pada 14 Jun dan hatrik ketika menghancurkan Papua New Guinea 10-0 pada 20 Jun.

Kedua-dua perlawanan itu berlangsung di SSMZA.

Dalam dua perlawanan itu, dia ditempatkan sebagai penyerang tetapi kini kembali ke tugas kelab, Jouse akan bermain sebagai pemain tengah untuk ditugaskan mencari peluang melalui set-piece atau hantaran.

Menurut pemain berusia 34 tahun itu, dia bersedia memberikan yang terbaik dalam apa jua posisi yang ditugaskan kepadanya.

WhatsApp Image 2023-06-24 at 09.09.18

Josue diberi kepercayaan untuk menjadi kapten Warga Kota. — Facebook/KLCityFC

“Semuanya bergantung kepada jurulatih. Di mana sahaja posisi dia mahu saya bermain, saya pasti akan melakukannya.

“Saya pernah bermain sebagai penyerang sebelum ini di bawah jurulatih Bojan Hodak, jadi jika dia mahu bermain saya di situ, saya akan melakukannya.

“Tetapi selama bertahun-tahun, saya telah bermain sebagai pemain tengah menyerang. Dengan Kuala Lumpur, itulah peranan saya. Saya menyediakan peluang dan juga menjaringkan gol. Saya harap apa pun posisi yang saya letakkan, saya dapat membantu pasukan mara ke final Piala FA.

“Selain itu, adalah bagus jika saya dapat meneruskan prestasi menjaringkan gol di SSMZA.

Pada pendapat saya, kedua-dua pihak mempunyai peluang yang sama tetapi kami perlu klinikal. Kami perlu mengambil peluang kami dengan baik,” katanya.

Musim ini dalam Liga Super, Josue telah memainkan peranan penting untuk skuad The City Boys, menjaringkan enam gol dan memberikan tiga bantuan dalam 14 perlawanan.

Selain itu, Josue juga berada dalam cemerlang apabila membantu Kuala Lumpur menewaskan Sabah 2-1 pada suku akhir Piala FA dengan hantaran dan set-piece berbahaya.

Pemain kelahiran Brazil itu memasang impian untuk bermain di pentas final lagi.

“Pada 2021, kami layak ke final Piala Malaysia dan memenanginya. Tahun lepas, kami pergi ke final Piala AFC tetapi kalah.

“Kali ini, kami berharap untuk mencapai penghujung yang lain. Ia tidak akan mudah tetapi kami mempunyai karakter yang dahagakan kemenangan.

“Kemenangan menentang Sabah (suku akhir Piala FA) menunjukkan kami bersungguh-sungguh dan kami mahu meneruskannya menentang Terengganu,” kongsinya. The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram