[VIDEO] Vokalis baharu Linkin Park dilabel setakat level ‘karaoke jamban’, tak setanding Chester Bennington


  • Hiburan
  • Sabtu, 07 Sep 2024

Vokalis baharu Linkin Park, Emily Armstrong (kanan) dikatakan gagal meneruskan legasi yang ditinggalkan Chester Bennington (kiri).

SIAPA sahaja tidak mengenali band rock Amerika Syarikat, Linkin Park yang menggabungkan pelbagai genre muzik seperti nu metal, alternative rock, dan rap rock.

Kumpulan itu popular menerusi melalui album debut mereka, Hybrid Theory (2000), yang merupakan salah satu album terlaris di dunia.

Malah, keunikan suara bekas vokalis kumpulan itu, Chester Bennington menyebabkan ramai mula meminati kumpulan itu.

BACA LAGI: [VIDEO] 18 maut 17 masih hilang, Ribut Tropika Enteng 'mengganas' di Manila

BACA LAGI: [VIDEO] Yuna pernah disenarai hitam masuk Kanada gara-gara teringin piza halal

Chester menjadi vokalis utama band itu sejak tahun 1999 sehinggalah kematiannya akibat bunuh diri pada 2017.

Pada Khamis lepas, Linkin Park mengumumkan vokalis baharu, Emily Armstrong yang bakal menggantikan penyanyi asal kumpulan tersebut.

Namun sebaik Linkin Park mengumumkan single terbaharu, The Emptiness Machine yang menampilkan Emily Armstrong sebagai vokalis baharu, banyak kecaman yang diterima menerusi media sosial.

Antaranya, seorang pengguna, Jessica Vanessa Rorke yang beranggapan bahawa tiada orang yang mampu menandingi Chester.

"Maaf... tetapi tiada siapa yang boleh menggantikan Chester," katanya.

Tidak hanya itu, seorang pengguna, Ardie pula beranggapan bahawa suara Emily dalam rakaman terbabit tidak mempunyai nilai.

"Dah macam menyanyi kat karaoke jamban je aku tengok," katanya.

Pengguna yang lain, Eli Lugo pula berpendapat bahawa nyanyian dalam kumpulan Linkin Park tidak lagi menggambarkan muzik yang sering dibawakan kumpulan itu.

"Bunyinya nampak bagus tetapi tidak. Linkin Park sudah tidak berbunyi seperti Linkin Park," katanya.

Malahan, ada yang berharap agar nama kumpulan itu ditukar memandangkan ahlinya juga sudah berubah.

"Saya menghormati wanita itu (Emily), tetapi dia bukan Chester. Mungkin mereka patut tukar nama band," katanya.

Bagaimanapun, terdapat juga individu yang menyokong karya Emily dikembangkan menerusi band itu.

"Mari ramai-ramai sokong Emily. Dia gadis yang berbakat, semoga dapat banggakan Chester.

"Kita semua tahu tiada siapa boleh gantikan suara Chester tetapi ini adalah permulaan baharu untuk kumpulan Linkin Park.

"Sebagai peminat, mari kita sambut permulaan baharu ini dan sokong penciptaan muzik baharu," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram