TINDAKAN seorang majikan yang melakukan penganiayaan terhadap pekerja dengan membayar gaji yang tidak munasabah membawa padah selepas dia menerima kecaman orang awam baru-baru ini.
Wanita yang dipercayai pengasas produk kecantikan di Kulim Kedah itu turut didakwa tidak membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pekerjanya.
Lebih menggeramkan lagi, dia mengakui tindakannya itu melalu satu hantaran di Facebook yang kemudiannya dikongsikan semula oleh warga maya.
BACA LAGI : [VIDEO] Ingatkan potong ayam, penduduk kampung di Indonesia kaget rupanya ‘kawan makan kawan’
BACA LAGI : [VIDEO] Serang pengawal keselamatan dengan kapak, wanita Israel bunuh anak lelaki 6 tahun dicekup
Seorang warga maya, Muhammad Musoddiq Jaafar turut berkongsi tangkap layar pengakuan Facebook Wanita berkenaan.
"Red flag gila majikan macam ini. Dia tengah eksploitasi dan menindas orang. Bila orang tak nak lagi dieksploitasi, dia tuduh orang manja.
"Basic RM5 sejam dan kalau ikut undang-undang buruh sepatutnya RM7.21 sejam atau RM1,500 sebulan. Kerja 11 jam dan kerja lebih masa dibayar RM6.
"Kalau perform RM7 tetapi itu pun masih lagi tidak mencapai gaji minimum yang ditetapkan, maka dikira masih eksploitasi orang lagi kerana di bawah gaji minima dan tak carum KWSP dan gaji setimpal," tulisnya.
Menurut Muhammad Musoddiq lagi wanita itu juga bersikap angkuh terhadap pekerjanya.
"Selepas itu, dia kata nak tolong orang (pekerja)? Nak tolong orang atau diri sendiri?
"Kalau bagi gaji setimpal dan compensation setimpal. Tak siaplah rumah bendang itu kan?" katanya.
Melalui tangkap layar hantaran Facebook wanita berkenaan, dia hanya membayar gaji pekerja itu sebanyak RM5 sejam kerana pekerja tersebut bukanlah pekerja tetap dan hanya bekerja separuh masa (sambilan) di kedainya.
Untuk makluman, walaupun sebagai pekerja sambilan, mereka tetap dilindungi di bawah Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram