[VIDEO] Rakyat Malaysia gelabah nak tunjuk lesen memandu fizikal bila ditahan polis Thailand


  • Tular
  • Rabu, 10 Jul 2024

Tangkap layar video memaparkan sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis Thailand baru-baru ini.

RAKYAT Malaysia kini dilihat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan lesen memandu digital semenjak ia dilaksanakan pada awal 2024 lalu.

Kemudahan itu juga bukan hanya digunakan di Malaysia malah ada yang cuba memanfaatkannya ketika melancong ke luar negara.

Sama seperti video tular di media sosial sejak Rabu yang memaparkan gelagat beberapa rakyat Malaysia ketika ditahan polis Thailand di jalan raya.

Screenshot (2410)

Tangkap layar video memaparkan polis Thailand sedang meminta lesen memandu penunggang terbabit.

Dalam video tersebut, polis berkenaan dilihat seperti sedang melakukan sekatan jalan untuk memantau pergerakan keluar masuk pengguna kenderaan negara itu.

Video itu bagaimanapun meraih perhatian ramai apabila melihat keadaan penunggang motosikal warga Malaysia itu yang gelisah kerana tidak mempunyai lesen fizikal.

Namun, mereka bernasib baik untuk tidak ditahan selepas menunjukkan lesen digitalnya.

Mengulas lanjut, ada yang mengatakan bahawa lesen Malaysia sah diguna pakai di negara Asean tetapi terdapat syarat-syarat tertentu perlu dipatuhi.

"Jangan takut kalau ada lesen dan hanya ikut peraturan negara mereka. Baru tahu juga lesen Malaysia hanya terpakai apabila kita pakai kenderaan Malaysia sahaja.

"Kalau kenderaan yang kita sewa dekat Thai, kena pakai lesen antarabangsalah," tulis @bckupacc99. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram