SABAH FC gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri apabila sekadar meraih keputusan seri tanpa jaringan ketika melayan kunjungan Penang FC bagi perlawanan pertama Liga Super mereka pada Ahad.
Perlawanan yang dihadiri kira-kira 3,708 penyokong di Stadiium Likas, Kota Kinabalu tersebut menyaksikan jentera serangan Sang Badak gagal memecah benteng pertahanan Pulau Pinang untuk mencipta sebarang jaringan.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee mempertaruhkan penyerang import Brazil; Ramon Machado, tonggak kebangsaan, Darren Lok dan pemain sayap lincah, Saddil Ramdani untuk mengetuai jentera serangan The Rhinos.
BACA LAGI: Masalah teknikal VAR 'bunuh' peluang Sabah raih 3 mata
BACA LAGI: Liga Super 2024 buka tirai dalam duka, tidak ikut tradisi seperti biasa
Selain kekebalan bentang pertahanan pasukan didikan Akmal Rizal Ahmad Rakhli, serangan bertali arus Sabah juga digagalkan oleh penjaga gol Penang FC, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azamn yang cemerlang membaca percubaan mereka.
Kegagalan meraih tiga mata itu juga berlaku apabila pengadil perlawanan, Zamzaidi Katimin tidak melayan protes pemain untuk mendapatkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain import Penang, Richmond Ankrah pada minit ke-77.
Bukan hanya insiden kontroversi itu menjadi perbincangan penyokong apabila kehilangan Rizal Ghazali sebagai bek kanan juga dikatakan antara faktor The Rhinos sukar untuk mendapatkan mata, selain merencatkan pergerakan Saddil.
Rizal ketika menyarung jersi Sabah FC pada musim lepas. — Facebook/SabahFC
Penyokong yang melihat perlawanan itu berpendapat pemain kebangsaan Indonesia itu kelihatan sukar berkomunikasi dan kurang serasi bergandingan bersama Ko Kwang-min berbanding Rizal sebelum ini.
"Saddil bergelut kehilangan Rizal Ghazali. Ko Kwang-min kurang membantunya, penyerang kita memang ke laut semalam (Ahad). Pertahanan Penang semua dah macam hantu galah tinggi mereka," kata penyokong The Rhinos, Tom Bee Ruo.
"Nampak kurang tiada partner Saddil ini bila tiada Rizal. Selalunya Rizal akan buat overlap," bagi penyokong Sabah FC, Mohd.
"Saddil macam kerja sendiri tadi. Belum serasi sangat dengan si Ko (Kwang-min) lagi," pendapat yang dikeluarkan, Stanly Henry.
Pemain berusia 32 tahun berkenaan kini bersama negeri kelahiran, Kedah Darul Aman (KDA) FC selepas berkhidmat bersama Sabah FC untuk tempoh dua musim dan antara pemain utama membantu Sang Badak ke kejohanan Piala AFC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram