Ramai kata dah 'deactive' tapi page troll bola masih aktif


  • Podium
  • Rabu, 08 Mei 2024

Serangan asid terhadap Faisal Halim mengejutkan dunia bola sepak tempatan.

KETIKA orang lain sedang berduka mengenai kejadian yang menimpa Faisal Halim, masih ada segelintir pemilik akaun media sosial membuat hantaran bersifat serangan peribadi terhadap pemain bola sepak kebangsaan.

Segelintir cytro dan laman troll di media sosial seolah-olah tidak berasa empati dengan kondisi Faisal apabila sering memuat naik isi kandungan yang menyebarkan kebencian terhadap pemain dan juga sesama penyokong.

Sehubungan dengan itu, pihak polis difahamkan sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang membuat hantaran bersifat provokasi terhadap kelab dan pemain yang menjadi mangsa kejadian seperti Faisal dan Akhyar Rashid.

BACA LAGI: 'Faisal Halim dah boleh makan, semangat nak jalani aktiviti bola sepak'

BACA LAGI: Ifedayo antara 3 bintang, bakal hantui bos lama dalam aksi pembukaan Liga Super

Berdasarkan tinjauan Majoriti di Facebook, antara laman troll yang termasuk dalam kelompok gemar menyebarkan provokasi ialah Johor Most Wanted Is Back, Harimau selatan X, Pahang is Dead 2.0 dan Selangor Power Sampai Kiamat.

Walaupun pihak berkuasa menegaskan sedang mengesan cytro dan laman troll yang bersikap negatif kepada isu semasa membabitkan pemain kebangsaan berkenaan, masih ada juga pemilik akaun media sosial aktif membuat hantaran.

Misalnya, laman Pahang is Dead 2.0 dilihat baru sahaja membuat hantaran kira-kira 50 minit lepas. Kemas kini terbaharu itu membuatkan penyokong semakin bimbang jika laman-laman berkenaan tidak dihentikan daripada mempersenda terhadap isu yang berlaku.

Dalam pada itu, tonggak Selangor FC berkenaan kini berada dalam keadaan lebih baik selepas menjalani pembedahan kedua berikutan serangan asid dialaminya pada Ahad lalu.

DALAM DALAM

Keadaan cermin belakang kereta Safiq yang pecah akibat serangan yang berlaku pada Selasa malam.

Perkembangan itu dikongsikan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar selepas menziarahinya bersama Raja Muda Selangor, Tunku Amir Shah pada Rabu.

Penyerang sayap skuad kebangsaan berusia 26 tahun itu bagaimanapun hanya boleh makan makanan berbentuk cecair dan dia masih perlu berada di bawah pemerhatian rapi untuk tempoh yang tidak diketahui.

Jelasnya lagi, pemain yang mesra dengan panggilan Mickey itu masih perlu menjalani beberapa pembedahan lagi dengan proses pemulihan dibuat secara berperingkat.

Pada Ahad lepas, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah dengan asid oleh individu tidak dikenali ketika berada di sebuah pusat beli belah dekat Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Sementara itu, selepas Faisal dan Akhyar yang menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu pada minggu lalu, bekas pemain Harimau Malaya, Safiq Rahim pula menjadi individu terbaharu sasaran serangan jenayah melibatkan pemain bola sepak negara pada Selasa malam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram