Wanita kongsi detik cemas hampir jadi mangsa insiden simbah asid Faisal Halim


  • Podium
  • Ahad, 05 Mei 2024

Faisal Halim kini dirawat di sebuah hospital swasta dan berada dalam keadaan stabil.

SEORANG wanita berdepan dengan detik cemas selepas mereka sekeluarga hampir menjadi mangsa simbah asid yang melibatkan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim pada Ahad.

Menerusi perkongsian di laman X, FarraNathashaHidzir cat bahagian hadapan kereta miliknya mengelupas ekoran terkena cecair tersebut.

"Tak pasal-pasal kereta saya pun kena sebab saya park sebelah kereta Faisal Halim.

"Nasib baik keluarga saya sampai di kawasan parkir selepas kejadian. Nauzubillah," tulisnya.

BACA LAGI: Kes simbah asid, Faisal Halim bersama keluarga ketika serangan

WhatsApp Image 2024-05-05 at 19.14.14

Menerusi perkongsian di laman X, FarraNathashaHidzir cat bahagian hadapan kereta miliknya mengelupas ekoran terkena cecair tersebut.

BACA LAGI: Faisal Halim kena simbah asid di pusat beli belah

Terdahulu, Majoriti melaporkan Faisal Halim mengalami kecederaan serius apabila disimbah asid ketika berada di sebuah pusat beli belah terkemuka tanah air di Kota Damansara pada Ahad.

Difahamkan, tonggak skuad kebangsaan itu disimbah asid selepas bermain di litar go kart di kawasan beli belah berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian tersebut.

"Polis telah menerima maklumat daripada orang awam melalui satu panggilan kecemasan memaklumkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim telah disimbah cecair dipercayai asid.

"Mangsa kini dirawat di sebuah hospital swasta dan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai insiden tersebut tampil menghubungi polis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram