SEMENJAK isu rasuah melibatkan anggota keselamatan negara hangat diperkatakan, satu usaha baik kini dilihat giat diperkemas oleh pihak kerajaan demi memastikan budaya tersebut tidak terus berleluasa.
Justeru, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad mengumumkan, sebanyak 7,648 kamera badan atau Body Worn Cameras (BWC) akan dibekalkan secara berperingkat kepada anggota polis bermula September ini.
Wan Hassan berkata, keputusan itu adalah berdasarkan Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Selasa.
“BWC akan digunakan terutamanya kepada Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di bawah JPJKK, selain akan diperluaskan untuk penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)," katanya.
BACA LAGI : Diskaun saman RM100: Polis Perak kesan couple UK, kenal pasti identiti anggota trafik
Pelaksanaan kamera badan pada anggota polis dikatakan akan bermula pada September ini. — The Star
BACA LAGI : Biasanya tengok polis kena rakam, kali ini pemandu Volkswagen kuning kantoi cuba suap duit bila kena tahan
Pada masa sama, Wan Hassan dilaporkan berkata, BWC akan dibekalkan secara berperingkat bermula September 2024 hingga Februari 2025.
BWC juga dikatakan akan ditempatkan di 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan 640 balai polis di seluruh kontinjen, manakal penggunaannya pula akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Oktober ini.
Selain itu, usaha tersebut juga dilihat membuka mata masyarakat tentang kepentingannya untuk mencegah budaya rasuah dalam kalangan anggota polis.
Walaupun ramai yang menganggap bahawa ia satu tindakan perlahan dan jauh ketinggalan daripada negara maju lain, namun ia tetap memuaskan hati rakyat Malaysia.
Mengulas lanjut, seorang pengguna Facebook Kacang Unknwon, pemakaian kamera badan itu sedikit sebanyak dapat memantau kejadian yang tidak diingini berlaku ketika menjalankan tugas.
"Lebih baik pakai, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang berlaku sekiranya ada situasi 50-50. Lagipun polis luar negara dah banyak pakai," tulisnya.
"Terbaik, sokong. Senang ada kamera boleh buat untuk bukti dan buat tangkapan jika ada yang cuba merasuah. Ada video lagi kuat daripada pengakuan mulut. Semoga dapat mendisiplin diri dan mendidik diri," komen Khairi Ayie. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram