Kes penemuan mayat lelaki di dalam kereta di Wakaf Stan, Kubang Kerian sebagai kes mati mengejut


  • 112
  • Khamis, 18 Jan 2024

Kes mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut — Facebook

PENEMUAN mayat di dalam kereta bukanlah satu kejadian yang kerap berlaku. Justeru, sebarang berita mengenai penemuan mayat dalam kenderaan akan menarik perhatian awam hingga ia menjadi tular dengan pantas.

Terbaharu, tersebar berita mendakwa satu mayat ditemui dalam kereta di Kota Bharu, Kelantan. Adakah berita itu benar?

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosli Daud mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa seorang kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) ditemui meninggal dunia di dalam keretanya di luar sebuah restoran di Wakaf Stan berdekatan Kubang Kerian pada Rabu (17 Januari).

BACA LAGI: Kerajaan Kelantan sokong pelarasan tarif air, yakin mampu tingkatkan kualiti perkhidmatan

419535648_403110575424904_1275965727297662447_n

Anggota polis mengusung mayat mangsa yang ditemui maut dalam sebuah kereta di Kampung Wakaf Stan, Kota Bharu. — Kosmo

"Siasatan awal polis mendedahkan mangsa yang berumur 38 tahun datang ke lokasi untuk bersarapan. Mangsa ditemui meninggal dunia di dalam kereta selepas selesai bersarapan di restoran berkenaan. Kejadian itu tiada kaitan dengan unsur jenayah.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk dibedah siasat," katanya memetik laporan media.

Mohd Rosli berkata, siasatan yang dijalankan di dalam kereta mangsa juga mendedahkan tiada unsur jenayah dan tiada barang terlarang ditemui.

Siasatan lanjut masih dijalankan, dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram