
KECOH di media sosial selepas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memuat naik tangkapan skrin notis saman diterima beliau oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada 4 Januari lalu.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di akaun Twitternya pada Khamis, beliau mengesahkan bahawa kenderaannya telah disaman sebanyak RM80 namun dapat diselesaikan dalam tempoh singkat.
BACA LAGI : Polis saman pemandu 'buat pekak' tak hirau siren bomba di Kulim
Tangkapan skrin notis saman daripada MBSJ yang diterima Amirudin pada 4 Januari lalu. — Twitter/Amirudin
"Tiba-tiba dapat pesanan ringkas, notis saman parkir dari MBSJ. Saya klik ke pautan dan kurang lima minit dapat selesaikan bayaran.
“Semenjak 2019, hampir semua PBT smart parking (Pihak Berkuasa Tempatan) dan bayaran juga boleh dilaksana dalam talian,” tulisnya.
Pada masa sama, Amirudin juga sempat menitipkan pesanan supaya mana-mana pihak yang disaman untuk segera menyelesaikan perkara itu.
"Ingat dapat notis saman klik bukan call Datuk Bandar minta waive," ciap Amirudin.
Namun, hantaran itu menerima pelbagai reaksi kerana ada yang menganggap aplikasi tersebut dapat digunakan oleh rakyat sama seperti Amirudin.
Tidak hairanlah, rata-ratanya juga memberi maklum balas sama di media sosial dan berharap agar saman mereka turut dapat diselesaikan dalam masa lima minit.
Malah, ada juga yang memberi reaksi seakan-akan tidak percaya dengan hantaran tersebut.
"Betul ke ni Datuk, hihihi nak buka smart parking juga lah tengok boleh selesai dalam masa limit juga ataupun tak," komen @nashkhanna.
"Menteri Besar pun kena saman?," tulis @DefenderHa72341. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram