'Lawan tak akan pandang rendah', seri berdepan Syria buat ekor HM tak sabar nantikan Piala Asia


  • Podium
  • Selasa, 09 Jan 2024

Keputusan seri menentang Syria memberi gambaran persiapan dilakukan skuad kebangsaan mula membuahkan hasil. — Facebook/FAM

SATU aksi persahabatan berlangsung antara skuad kebangsaan dengan Syria pada awal pagi Selasa menjelang kempen Piala Asia masing-masing.

Meskipun perlawanan berkenaan tidak membawa perubahan terhadap ranking FIFA, ia masih dianggap cukup penting untuk melihat kemampuan sebenar anak-anak buah Kim Pan-gon.

Sasaran itu turut dirasakan pemain Harimau Malaya apabila mereka berjaya mendapatkan gol pendahuluan menerusi Arif Aiman Hanapi pada minit ke-39.

Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat babak separuh masa pertama dengan orang ramai pastinya berbangga dengan kebolehan semasa skuad kebangsaan.

BACA LAGI: Tiba awal di Qatar, Paulo Josue yakin Harimau Malaya lakar kejutan

Memasuki babak kedua, benteng pertahanan negara mula goyah apabila dibolosi sebanyak dua kali dengan Pablo Sabbag mengikat kedudukan pada minit ke-70 sebelum Ibrahim Hesar mendapatkan kelebihan buat pihak lawan empat minit berselang.

Bagaimanapun, kegusaran skuad kebangsaan reda apabila pemain naturalisasi negara, Paulo Josue menjaringkan gol penyamaan.

Keputusan 2-2 kekal sehingga tamat permainan dengan orang ramai berasakan skuad kendalian Pan-gon sudah bersedia untuk menempuhi cabaran sebenar dalam Piala Asia nanti.

417178255_1074772116929357_1572849412591127090_n

Jaringan Paulo Josue membolehkan skuad kebangsaan meraih keputusan seri 2-2. Facebook/FAM

"Mantap! Keputusan yang terbaik setakat ini kerana masing-masing pastinya mahu menjaga kecergasan dan fizikal sebelum perlawanan sebenar nanti," kata Muhammad Abdullah Firdaus.

"Terbaik. Dengan ini, kesemua pasukan yang berada dalam Kumpulan E bersama Harimau Malaya tidak akan memandang rendah apabila bertemu kelak," kata Hafiedz Becker.

"Alhamdulillah, jangkaan Harimau Malaya lolos 16 pasukan terbaik memang ada asasnya. Teruskan memberi cabaran Harimau Malaya," ujar Haji Khairul.

Skuad kebangsaan bakal memulakan kempen Piala Asia dengan aksi menentang Jordan pada 16 Januari sebelum berdepan Bahrain dalam perlawanan kedua empat hari kemudian.

Pasukan negara akan menutup saingan Kumpulan E dengan bertemu Korea Selatan di Stadium Al-Janoub, Qatar pada 25 Januari dengan aksi tersebut pastinya dinanti-nantikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram