Penuh lumpur dan berselut, tempat parkir kereta Pasar Borong Pasir Puteh lebih kurang sama jalan di Klang


  • Massa
  • Sabtu, 06 Jan 2024

Orang awam menggesa pihak berwajib untuk menaik taraf kawasan meletak kenderaan di Pasar Borong Pasir Puteh, Kelantan ekoran daripada keadaannya yang sangat teruk.

ORANG awam menggesa pihak berwajib untuk menaik taraf kawasan meletak kenderaan di Pasar Borong Pasir Puteh, Kelantan ekoran daripada keadaannya yang sangat teruk.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang individu, @lady_bugg11 melalui laman X (Twitter) miliknya.

"Ahli Parlimen Pasir Puteh.

"Sila lihat keadaan tempat parkir kereta Pasar Borong Pasir Puteh. Harap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh melawat kawasan , jangan duduk berpolitik saja," ciapnya.

Pada masa sama, wanita itu turut berkongsi satu gambar yang memaparkan kawasan meletak kenderaan di kawasan tersebut.

Dalam gambar itu, jelas kelihatan kawasan parkir berkenaan sangat teruk dan tidak diselenggara dengan baik.

Ciapan wanita berkenaan turut menarik perhatian warga maya dan menjadi bualan ramai.

GC_80SgbYAAWZpV

Keadaan kawasan meletak kenderaan awam di Pasar Borong Pasir Puteh.

BACA LAGI : [VIDEO] Komited jaga keselamatan dan keselesaan, i-City siasat isu peniaga warga asing 'ganggu' pengunjung

Seorang pengguna media sosial, @tahajjud35 meninggalkan komen yang sinis selepas melihat gambar tersebut.

"Dia orang (kerajaan) akan cakap, apalah nak kecoh pasal parkir bertanah ini. kita ini akhirnya mati masuk ke tanah jugak. Alkisahnya pemikiran penduduk pasir berdengung," tulisnya.

Pada masa sama, ada juga dalam kalangan warga maya mula membandingkan keadaan di kawasan mereka.

"Boleh juga minta menteri-menteri datang ke Klang, Selangor. Jalan pun lebih kurang sama dengan kawasan parkir Pasar Borong Pasir Puteh, berlubang sana sini," kata @laifff7.

"Jalan di pelabuhan Klang, Selangor yang teruk berlubang awak tak nak kongsikan ke?," tulis @saifultheleader pula.

Sementara itu, seorang lagi warganet, @Rumie berkata, Kelantan dan Selangor berkongsi masalah yang sama.

"Jangan pukul rata. Kelantan dan Selangor mempunyai masalah yang sama. Tak usah diceritakan kawasan pasar borong itu.

"Dua-dua negeri ini bermasalah dalam menyediakan kemudahan untuk rakyat," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram