Dah masuk 2024, 3 isu penting perkhidmatan staf 'gomen' perlu ditangani


  • Massa
  • Sabtu, 06 Jan 2024

Kakitangan atau penjawat awam yang berkualiti tinggi merupakan aset penting terhadap kejayaan sesebuah organisasi dan negara. — Gambar hiasan

KAKITANGAN atau penjawat awam yang berkualiti tinggi merupakan aset penting terhadap kejayaan sesebuah organisasi dan negara.

Namun begitu, ada yang berasakan sesetengah penjawat awam yang kurang berdisiplin menjadi duri dalam daging dalam sesebuah organisasi.

Manakan tidak, tindakan segelintir daripada mereka yang bekerja sambil lewa ibarat barah yang merebak dan akhirnya memusnahkan reputasi sebuah jabatan.

Sudah meniti awal-awal tahun 2024, Majoriti menyenaraikan tiga isu penting yang perlu ditangani.

1. Isu kualiti perkhidmatan awam

1840698

Isu berkaitan integriti yang membabitkan penjawat awam sering memberi imej yang negatif terhadap perkhidmatan awam. — Gambar hiasan

Penyampaian perkhidmatan awam perlu segera berubah seiring dengan perubahan zaman yang semakin maju.

Justeru semua penjawat awam perlu meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam melaksanakan tugas.

Pada masa sama, mereka perlu mengubah persepsi rakyat yang sering beranggapan mereka yang bekerja di kaunter hadapan sering menghilangkan diri dan memberikan layanan yang kurang mesra.

Ia juga perlu kerana kerenah birokrasi, ketidakcekapan perkhidmatan dan penyampaian selain isu berkaitan integriti yang membabitkan penjawat awam sering memberi imej yang negatif terhadap perkhidmatan awam.

2. Masalah disiplin

PUTRAJAYA, 1 Mei -- Ahli-ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berhimpun pada Sambutan Hari Pekerja Cuepacs 2023 hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kakitangan kerajaan sememangnya sudah sinonim dengan macam-macam tohmahan berkaitan disiplin. — Gambar hiasan

Antara perkara penting yang perlu diperbaiki dalam kalangan penjawat awam ialah masalah disiplin.

Hal ini kerana, kakitangan kerajaan sememangnya sudah sinonim dengan macam-macam tohmahan seperti suka mengular, ponteng kerja, tidak efektif, buat kerja lambat dan sebagainya.

Bahkan perkara ini pernah diakui oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman yang mendedahkan terdapat penjawat awam bekerja dari rumah (BDR) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu pandemik Covid-19 culas dalam kerja masing-masing.

“Terdapat isu yang ditimbulkan berkaitan penjawat awam yang bersikap sambil lewa dan menggunakan kesempatan BDR untuk keluar bersantai atau membeli-belah di pasar raya," katanya memetik ucapan Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 2021.

Sehubungan itu, penjawat awam perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang diberikan untuk kepentingan umum dengan tidak menyalah gunakannya untuk kepentingan diri sebaliknya keutamaan patut diberikan kepada kepentingan awam.

3. Integriti

Graft craft: Too many of us seem to think that politicians greasing their hands is a given, and bribery is tolerated if the amount isn’t of global industrial scale. – 123rf.com

Penjawat awam kumpulan paling ramai ditahan SPRM Selangor berkaitan siasatan kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang tempoh antara 2018 hingga 2022. — Gambar hiasan

BACA LAGI : [VIDEO] Subahat ceroboh kediaman MB Selangor, 2 penyokong PN dan wartawan tempatan kena tangkap

Ada masanya terdapat anggota perkhidmatan awam yang tidak menyedari perkara-perkara yang mereka dilakukan ketika seharian bekerja itu kadangkala bertentangan dengan integriti mereka sebagai seorang penjawat awam.

Antaranya ialah termasuk rasuah atau menggunakan pangkat mereka untuk kepentingan diri sendiri.

Diakui pelbagai usaha sudah dilaksanakan untuk mengukuhkan nilai integriti kakitangan awam termasuk penubuhan Institusi Integriti Malaysia (IIM), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Pelan Antirasuah Nasional (NACP), selain kewujudan unit integriti dan governan di semua jabatan serta syarikat berkepentingan kerajaan.

Malah, usaha itu turut membabitkan transformasi Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri.

Walaupun usaha ini mengurangkan kes rasuah dan isu integriti dalam perkhidmatan awam, sejak akhir-akhir ini berlaku peningkatan kes membabitkan salah laku kakitangan awam terutama rasuah.

Untuk rekod di Negeri Selangor sahaja, penjawat awam kumpulan paling ramai ditahan SPRM Selangor berkaitan siasatan kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang tempoh antara 2018 hingga 2022.

Ia diikuti 84 tangkapan membabitkan pekerja swasta, 50 orang awam, serta masing-masing lima membabitkan ahli politik dan individu dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Sepanjang tempoh sejak 2008 itu, tahun 2022 merekodkan tangkapan tertinggi iaitu dengan 72 orang diikuti 66 pada 2018 dan 63 pada 2021. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram