[VIDEO] Tunggang sayap parti untuk kepentingan peribadi, nama PMX kena jaja pimpinan pusat MKM


  • Politik
  • Isnin, 01 Jan 2024

Sebahagian barisan pimpinan pusat MKM. — FB Mahasiswa Keadilan

KECOH di media sosial apabila timbul dakwaan mengatakan ada pihak tertentu yang menggunakan nama Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Perdana Menteri ke-10 (PMX) untuk mengawal pemilihan pimpinan pusat Mahasiswa Keadilan.

Perkara itu didedahkan melalui ciapan berbentuk thread di laman X (Twitter) @BongkarMKM.

"Ada kartel yang nak tunggang Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Perdana Menteri (PMX) untuk control (kawal) Mahasiswa Keadilan?

"Sedih la unit penerangan sebelum ini padu gila kalau dapat kat orang salah, tak tahu nak cakap apa.

"Cukup lah bantutkan orang yang nak bekerja untuk parti," ciap pentadbir laman media sosial tersebut.

Turut tular satu rakaman audio yang didakwa milik Pengerusi Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Nur Hasya Hasshim dan Penasihatnya, Haikal Johari mendedahkan tentang konflik yang berlaku dalam kepimpinan pusat tersebut.

Pada masa sama, kedua-dua individu berkenaan turut mendakwa Pejabat Perdana Menteri (PMO) turut 'campur tangan' dalam pemilihan kepimpinan organisasi berkenaan.

Menerusi rakaman tersebut kedengaran suara Hasya mendakwa PMO meminta agar MKM dibubarkan segera selepas Presidennya, Uzair atau Jet tidak lagi bersama organisasi tersebut.

Malah, Hasya turut mendakwa Uzair telah menjaja cerita konon-kononnya dia terlibat dalam usaha menjatuhkan Uzair sehingga mendapat perhatian Anwar selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bukan itu sahaja, Haiqal turut mendakwa Perdana Menteri mengetahui perkara tersebut.

"Benda ini sudah lama sudah seperti yang Hasya cakap.

"PMO claim Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui perkara tersebut dan mahukan pemilihan semula presiden secara undian (voted elected president) menerajui MKM.

"Walaupun Jet menang tanpa bertanding tapi the key is I tak tahu mungkin Jet buat apa semua tapi dia (Anwar) nak voted elected president for MKM," katanya.

TOKYO, 18 Dis -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang akhbar bersama media Malaysia mengenai lawatan kerja beliau ke Jepun di sini hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Nama Anwar selaku Presiden PKR dikatakan dijaja oleh pihak tertentu dalam kepimpinan MKM. — Bernama

Kenyataan itu disokong Hasya yang mendakwa memang ada campur tangan daripada PMO namun mereka mengambil pendekatan untuk mengabaikan 'arahan' pihak atasan sehinggalah perkara berkenaan sampai ke pengetahuan Presiden (Anwar).

Dalam pada itu, dalam rakaman berasingan, timbul dakwaan kononnya Exco Nasional yang Ketua Biro Latihan dan Pengkaderan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syamel Luthfi masih mencampuri urusan pemilihan pimpinan pusat MKM kerana mahu menyusun kroni dalam organisasi tersebut.

Dakwaan itu berdasarkan rakaman audio antara Haiqal dengan seorang lagi individu dikenali sebagai Ariff Danial yang terlibat dalam Jabatan Pilihanraya MKM.

"Kenapa kalau Syamel kisah, perlu MKM layan? Awak bukan ke dah ada dalam pimpinan AMK Malaysia? Masih sibuk nak susun kroni untuk MKM lagi ya? Boleh jelaskan @Syamil_Luthfi dan @haiqaljohari_?

"Mereka nak tunggang MKM untuk kepentingan peribadi. Pimpinan parti (PKR) perlu masuk campur dalam hal ini.

"Pemilihan (MKM) dilakukan untuk meraikan demokrasi dalam parti dan organisasi, namun ada pimpinan bacul dalam AMK Malaysia menyusun atur setiap jawatan agar kekal berkuasa dalam pemilihan akan datang. Demokrasi telah mati. Kebenaran akan terbongkar tak lama lagi," tambah @BongkarMKM lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, rata-rata followers @BongkarMKM kecewa dengan pendedahan tersebut.

"Sejenis tunggang nama Boss (Anwar). Boss tak kata tapi dia kata arahan dari Boss. Dah banyak tempat aku kerja, memang selalu jumpa supervisor atau orang atasan yang macam ni," komen @amin_oo.

"MKM ini patut jadi medan untuk groom youngsters bukan tempat park kartel dan rebut kuasa. Kenapa orang ada jawatan di AMK pun nak bertanding yang aneh-aneh. AMK itu pun nampak tak berfungsi, lagi nak rosakkan AMK," ciap @xatyrosdi pula. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram