[VIDEO] Tiga kes bunuh bermotifkan cemburu buat rakyat Malaysia cukup 'triggered'


  • Massa
  • Jumaat, 22 Dis 2023

Pada Isnin lalu, seorang wanita warga tempatan berusia 26 tahun meninggal dunia selepas dipercayai ditikam beberapa kali oleh seorang lelaki di tempat letak kereta di Jalan Bayu Tinggi 5, Taman Chi Liung dekat Klang, Selangor.

CEMBURU adalah perasaan serta sifat semula jadi manusia dan ia adalah perasaan normal bagi setiap individu. Namun, perasaan cemburu yang melampau juga boleh membinasakan diri seseorang individu dan orang sekeliling.

Sebagai contoh, cemburu lazimnya mudah mengheret individu ke aras yang lebih negatif, iaitu sikap agresif. Jika lelaki yang bersifat cemburu buta, maka maki hamun dan kekasaran fizikal mudah berlaku.

Bagi golongan wanita pula, mereka mudah bertindak di luar kawalan dan mengundang konflik sehingga mengakibatkan tragedi.

Malah, sikap cemburu yang berlebihan ini boleh menyebabkan seseorang individu itu gagal mengawal tingkah laku sekali gus menyebabkan mereka bertindak ganas sama ada secara lisan mahupun fizikal terhadap pasangannya atau pihak ketiga sehingga menyebabkan kematian.

Berikut Majoriti menyenaraikan tiga kes jenayah yang bermotifkan cemburu sehingga menyebabkan kematian pada Disember ini:

1. Penyanyi tempatan ditikam hingga mati di Klang

Pada Isnin lalu, seorang wanita warga tempatan berusia 26 tahun meninggal dunia selepas dipercayai ditikam beberapa kali oleh seorang lelaki di tempat letak kereta di Jalan Bayu Tinggi 5, Taman Chi Liung dekat Klang, Selangor.

Malah tindakan kejam lelaki tersebut juga sempat dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian dan video tersebut turut tersebar di sosial media sehari selepas kejadian.

Hasil siasatan mendapati mangsa yang juga merupakan penyanyi tempatan ditikam hingga mati oleh lelaki yang juga kekasihnya.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, mangsa dipercayai ditikam atas faktor cemburu.

"Siasatan awal pihaknya juga mendapati suspek berusia 44 tahun dan mangsa merupakan pasangan kekasih.

"Difahamkan berlaku pergaduhan selepas mereka makan tengah hari di sebuah restoran sebelum suspek bertindak menikam wanita berkenaan berdekatan keretanya.

"Setakat ini, kita sudah merakam percakapan daripada dua saksi kejadian dan siasatan lanjut masih dilakukan ketika ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, Selangor pada Rabu.

Suspek kini direman sehingga 25 Disember depan dengan kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

2. Wanita ditetak dengan parang di Butterworth

Selang sehari selepas kejadian wanita maut ditikam di Klang, Selangor, negara digemparkan seorang wanita meninggal dunia selepas diserang dan ditetak dengan sebilah parang oleh seorang lelaki dalam kejadian di kawasan Raja Uda, Butterworth, Pulau Pinang pada Selasa.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran yang berdurasi 15 saat, memaparkan suspek memakai pelitup muka dilihat datang dari arah belakang mangsa sebelum mengeluarkan parang dari dalam beg berwarna merah lalu menetak wanita itu bertubi-tubi.

Suspek kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal sambil dikejar orang ramai sebelum dia bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang, namun berjaya diselamatkan nelayan.

Sementara itu, mangsa warga tempatan berusia 42 tahun yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah disahkan meninggal dunia pada pukul 11.58 pagi Selasa selepas dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Dalam perkembangan kes tersebut, polis mengesahkan wanita malang itu ditetak dengan parang oleh anak saudaranya sendiri dan bermotifkan cemburu.

Namun, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad ketika memaklumkan perkembangan siasatan awal polis itu pada Rabu bagaimanapun tidak memperincikan bentuk cemburu yang didedahkan.

Katanya, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai operator kilang ketika ini masih ditempatkan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kita mengenal pasti kejadian itu bermotifkan cemburu dan suspek kini masih berada di hospital bagi menerima rawatan. Ada juga dakwaan suspek disyaki mempunyai masalah mental, tapi kita akan rujuk kepada pakar bagi memastikannya," katanya.

Polis akan merekodkan keterangan suspek dan beberapa saksi kejadian bagi melengkapkan kertas siasatan kes itu.

3. Pukul isteri dengan dumbel hingga maut kerana cemburu

SHAH ALAM, Dec 12 -- Izzat Saat, 38, who allegedly hit his wife with a dumbbell, was charged in the Magistrate’s Court here today, with murdering the woman.The accused nodded after the charge was read out to him, but no plea was recorded as the case is under the jurisdiction of the High Court.He was charged with murder by causing the death of Nurul Qurraisyia Zulkafli, 33, in a house at Jalan Congkak 32/48, Section 32 here between 10.30 pm on Dec 14 and 10.30 am last Dec 6.--fotoBERNAMA (2023) COPYRIGHT RESERVED

Izzat Saat (tengah) didakwa dengan niat telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian terhadap isterinya, Nurul Qurraisyia. — Bernama

Seorang tenaga pengajar sebuah kolej di Sarawak, Nurul Qurraisyia Zulkafli, 33 maut dipercayai dibunuh suami sendiri di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak dekat Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan daripada seorang lelaki pada pukul 5.33 pagi memaklumkan isterinya mengalami sawan dan dibawa ke Hospital Shah Alam kerana tidak sedarkan diri.

"Siasatan lanjut polis mendapati mangsa dipukul oleh suspek, Izzat Saat, 38, di rumah mereka dipercayai akibat cemburu sebelum dibawa ke hospital.

Katanya, pemeriksaan awal oleh doktor ke atas mangsa mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuh wanita berusia 33 tahun itu.

"Polis turut merampas senjata yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul isterinya iaitu sebuah dumbel," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pasangan berkenaan baru berkahwin pada April lalu dan belum mempunyai anak.

Katanya, mangsa yang bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej di Sarawak pulang bercuti untuk menghadiri perkahwinan adik iparnya.

Dalam perkembangan terbaru kes tersebut, suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis atas pertuduhan melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian isterinya pada minggu lalu.

Tertuduh, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Farah Rosnan.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Berdasarkan pertuduhan tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu didakwa dengan niat telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian terhadap Nurul Qurraisyia.

Justeru, dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun dengan minimum 12 sebatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram