KOS sara hidup yang semakin meningkat terutama di bandar sememangnya mempengaruhi cara sesetengah masyarakat membelanjakan wang mereka.
Ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap golongan yang kurang berkemampuan atau tidak mempunyai pendapatan tetap seperti golongan pelajar.
Hal ini kerana, selain yuran pengajian, terdapat juga beberapa komitmen lain yang perlu dibayar seperti perbelanjaan keperluan harian, pengangkutan dan sebagainya.
Kos harga barang yang turut meningkat setiap tahun mempengaruhi jumlah perbelanjaan harian pelajar. — Gambar hiasan/Bernama
Jika dilihat daripada sudut pandang dengan keadaan ekonomi sekarang, tidak dapat dinafikan jumlah keseluruhan akan mencecah ribuan ringgit.
Sama dengan pengakuan oleh beberapa orang pelajar dalam sebuah video yang dimuat naik di Twitter (X) @ricxxxxkiddo berhubung isu tersebut.
Dalam video itu, rata-rata pelajar mengatakan bahawa jumlah perbelanjaan yang dirasakan cukup untuk sebulan adalah antara RM1000 hingga RM2000.
Pada masa sama, warga maya yang melihat video berkenaan memberikan pelbagai reaksi berbeza terhadap jawapan yang dilontarkan oleh para pelajar itu.
Semua atas RM1000. Waktu korang study dulu, berapa duit belanja korang untuk sebulan? pic.twitter.com/xcjIanRli8
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) December 20, 2023
Membalas kepada video itu, seorang warganet dengan menggunakan akaun @zeerariduwan membuat perbandingan dengan dirinya yang juga pernah bergelar pelajar suatu ketika dahulu.
"Zaman belajar dahulu dapat RM300 ke RM500 sahaja sebulan ibu bapa bagi. Lagi waktu itu belajar di Kuala Lumpur tapi memang guna dengan sebaiknya.
"Beli barang dapur, masak selalu, buat kerja sambilan dan duit yang dapat tu buat belanja makan sedap dan beli barang yang teringin, Alhamdulillah, bertahan," tulisnya.
Manakala, pengguna akaun @elizaaabelly meluahkan rasa terkejutnya selepas mendengar jumlah yang dinyatakan pelajar dalam video berkenaan.
Antara jumlah yang dinyatakan di dalam video itu.
"Suprise jugak dengan maklum balas mereka ni. RM1,500 memang untuk bertahan sahaja atau termasuk kos-kos healing dan cafe hopping," komennya.
Tetapi ada juga segelintirnya yang memandang daripada sudut positif dengan memahami keadaan sebagai seorang pelajar di bandar.
"RM1,500, duduk Kuala Lumpur ni mahal gila makanan. Sehari RM20 hingga RM30, sebulan dah beratus.
"Belum lagi nak bayar pengangkutan, internet, penjagaan muka dan alat solek asas," tulis @NaddyDirman. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram