TERKESAN dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, pemenang kempen Langgan dan Menang Majoriti, Mohamad Zufar Arif Yazid, 31, mengharapkan baucar daripada Aeon yang bernilai RM25,000 bagi menjimatkan kos perbelanjaan harian keluarganya.
Mohamad Zufar yang merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas itu berkata, hadiah utama kondominium bukanlah sasaran utamanya kerana sudah memiliki rumah sendiri di Cyberjaya.
Mohamad Zufar antara pemenang bertuah kempen Langgan dan Menang minggu keempat.
"Dalam banyak-banyak hadiah, memang saya nak baucar Aeon kerana boleh jimatkan kos perbelanjaan harian untuk keluarga saya mungkin selama dua tahun lebih.
"Berkenaan dengan rumah pula, saya tidak begitu mahukannya kerana sudah ada rumah kondo juga sendiri, jadi kalau dapat baucar memang sangat bersyukur," katanya kepada Majoriti.
Pemenang yang sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak itu turut menjelaskan mengapa baucar Aeon berjumlah RM25,000 itu menjadi sasaran utamanya.
"Kalau saya dapat rumah, saya perlu keluarkan lebih banyak duit lagi untuk proses ubah suai tapi berbeza jika saya menang baucar Aeon.
"Saya pun memang selalu berbelanja di Aeon, jadi memang sangat bergunalah kalau saya dapat hadiah baucar itu untuk membeli barangan keperluan harian," tambahnya lagi.
Pada masa yang sama, Zufar berkata, bukan jumlah bayaran berpatutan sebanyak RM30 yang menarik minatnya untuk melanggan portal Majoriti.
"Sebenarnya bukan jumlah RM30 tu yang buat saya tertarik tetapi hadiah yang ditawarkan membuatkan saya nak sertai kempen ini," katanya.
Selain itu, pemenang hadiah minyak wangi Paco Rabanne Lady Million Empire EDP 50 ml itu juga menyatakan bahawa dia merupakan seorang pembaca tegar portal Majoriti sebelum melanggan.
"Saya memang selalu ikuti Majoriti terutama berita sukan sebab saya suka tengok cara penulisan mereka," ujarnya.
Sebagai rekod, kempen Langgan dan Menang Majoriti turut menawarkan hadiah utama yang cukup lumayan termasuk sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.
Kempen yang masih berbaki 15 minggu itu masih belum terlambat untuk menjadi sebahagian pemenang bertuah dan pemenang mingguan turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah utama yang ditawarkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram