
SRI Pahang FC sekadar berpuas hati apabila hanya merekodkan keputusan seri 0-0 semasa perlawanan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC dalam perlawanan terakhir Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Sabtu.
Babak pertama perlawanan menyaksikan Sri Pahang FC bermula dengan memberi tekanan kepada pertahanan KL City apabila banyak percubaan dilakukan oleh skuad Tok Gajah bagi mendapatkan jaringan awal perlawanan.
Penyokong skuad Tok Gajah terlepas peluang untuk melihat papan skor bertukar mata apabila pemain Sri Pahang gagal memanfaatkan peluang sepakan percuma yang diberikan pengadil perlawanan, Abang Azharudin Abdullah.
Walaupun kedua-dua pasukan dilihat banyak melakukan asakan demi asakan namun separuh masa pertama perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 0-0.
Bersambung babak kedua permainan, anak buah Fandi Ahmad mahupun skuad kendalian Nenad Bacina banyak melepaskan peluang keemasan dan drama episod kecederaan pemain turut menghiasi perlawanan.
Menarik tumpuan penyokong apabila berlaku sedikit perbalahan antara pertahanan Sri Pahang, Azwan Aripin dan pemain sayap Warga Kota, Patrick Reichelt pada minit ke-80 permainan sebelum dileraikan oleh pengadil perlawanan.
Bukan permainan yang lebih menjadi bualan penyokong Tok Gajah namun peminat Sri Pahang lebih tertumpu kepada pemain tengah, Azam Azih dalam perlawanan yang berakhir dengan berkongsi mata bersama skuad Warga Kota itu lebih tertumpu kepada pemain tengah, Azam Azih.
Meninjau di ruangan media sosial Tok Gajah, ada di antara peminat Sri Pahang mula mengucapkan selamat tinggal kepada pemain berkenaan selepas baru-baru ini muncul khabar angin mengatakan musim 2023 ini adalah permainan tonggak berusia 28 tahun itu.
"Selamat tinggal Azam. Semoga maju jaya untuk musim depan," kata penyokong Sri Pahang, Malim Kundang.
"Azam macam tahun terakhir sahaja. Semoga maju jaya Azam untuk musim depan," tambah penyokong Tok Gajah, Hogoh Pahang.
Desas-desus Azam akan menyarung jersi baharu bermula apabila pemain tersebut sudah mula memadam semua gambarnya bermain bola sepak termasuklah fotonya bersama Sri Pahang sejak menyertai pasukan berkenaan pada musim 2015. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram