MUSIM 2023 semakin menghampiri penghujungnya dengan pelbagai pasukan sudah mula melakukan persiapan untuk musim depan.
Pergerakan sedang berlaku membabitkan pemain dan jurulatih. Ada yang bakal ke Pantai Timur, tidak kurang juga terdapat nama-nama akan menyertai kelab Lembah Klang dan Utara Semenanjung Malaysia.
Salah satu nama yang menjadi perhatian adalah pemain naturalisasi kebangsaan iaitu Liridon Krasniqi. Pemain Terengganu FC tersebut dikatakan bakal berhijrah menyertai sebuah kelab di Lembah Klang.
Kelab yang dimaksudkan adalah Selangor FC. Gergasi Merah dikatakan ingin mendapatkan Liridon sebagai pemain untuk menguatkan bahagian tengah pada musim depan.
Ditambah dengan Selangor bakal beraksi di Asia serta Liridon pernah bersama Tan Cheng Hoe di Kedah Darul Aman (KDA) FC satu ketika dulu menguatkan lagi spekulasi pemain tersebut akan menyertai Gergasi Merah.
Liridon (paling kiri) dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor. — Facebook/Terengganu FC
Namun begitu, perkhabaran tersebut menggusarkan penyokong-penyokong Selangor. Pada mereka, tidak ada gunanya mendapatkan Liridon yang kini telah melepasi zaman kemuncaknya atau off-peak.
"Tak payahlah. Bukan power mana. Zaman kemuncaknya masa dekat KDA dulu. Sekarang dah habis," kata penyokong bernama Ridzuan Isa.
"Benar, dah habis zamannya. Cari yang lebih bagus daripada ini," ujar Eden Ziyech.
"Tak payah bazir duit. Cari yang fresh, bakat muda," komen Abi Saffian Mohammad Jais.
Dalam masa yang sama, ada pendapat mengatakan Liridon bukanlah tidak bagus tetapi kurang sesuai dengan taktikal Cheng Hoe. Malah, lebih baik untuk mereka membaiki posisi lain yang lebih kritikal seperti pertahanan.
"Kalau ada usaha untuk membawa masuk Liridon, lupakanlah. Bukan tidak bagus tetapi tidak sesuai.
"Kita perlu mantapkan pertahanan dan barisan serangan, bahagian tengah kalau boleh cuba bawa masuk Stuart Wilkin," cadang penyokong bernama Musa Ismail.
"Stuart Wilkin tu memang ada rundingan (dengan Selangor). Tunggu je sama ada jadi atau tidak," ujar Muhammad Alif.
Liridon dan Cheng Hoe mungkin pernah bekerja sekali ketika di KDA, namun masa sudah berubah. Pemain naturalisasi kebangsaan itu mungkin sudah tidak sehebat dulu.
Jika dia hadir ke Selangor sekali pun, mungkin dia tidak akan memainkan peranan besar sebagai pemain utama. Sebaliknya, hanya akan bertindak sebagai squad player dalam pasukan Gergasi Merah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram