FB rasmi Istana Negara 'hilang dari radar'


  • Massa
  • Selasa, 05 Dis 2023

Tangkapan skrin dikongsikan netizen memaparkan Facebook rasmi Istana Negara yang didakwa 'kosong' dan tidak dapat diakses. — Facebook

KECOH di media sosial apabila akaun Facebook rasmi Istana Negara didakwa sudah 'hilang dari radar' dan tidak boleh diakses sejak Selasa.

Ia sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi dan teka-teki kepada seluruh warga maya selepas salah seorang pengguna Facebook Adam Lawrence memuat naik hantaran berkenaan perkara tersebut.

Dakwanya, berkemungkinan ada sesuatu yang akan berlaku disebabkan perkara tersebut.

"Macam ada benda yang tak kena berlaku, sekadar firasat," tulisnya.

Bagaimanapun, akaun Instagram rasmi Istana Negara dilihat masih lagi boleh diakses seperti biasa.

msg1050426791-19875

Akaun Instagram Istana Negara yang masih boleh diakses. — Facebook

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memberi reaksi sama terhadap perkara yang berlaku dan ada juga yang berpendapat jika ia telah digodam.

"Kan... tiba-tiba. Tapi Instagram masih ada lagi," komen Mohammad Ziyad.

"Patutlah mention Istana Negara tak timbul-timbul, baru lagi ke page tu hilang?," soal Sabrie Sod.

"Mungkin kena hack (godam), Instagram ada," komen Nizam Rasip.

Bukan itu sahaja, ada sesetengah warganet juga dilihat mengaitkan perkara tersebut dengan berita perjumpaan Timbalan Perdana Menteri Timor Leste dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Berita Awani Selasa, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri Timor-Leste Francisco Kalbuadi Lay di Istana Negara," komen Ruzita Anang.

"TPM Timor Leste jumpa Agong," tulis Muhammad Haidir Alias.

Namun komen berkenaan secara pantas disangkal oleh Adam kerana dianggap tiada sebarang kaitan dengan apa yang terjadi pada Facebook rasmi itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara berhubung kejadian setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram